! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: August 2012

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55

Assalamualaikum..
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 55..
Saya cuma berharap Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang aman..
Cikgu saya kata perbalahan politik menjadikan sesebuah negara itu huru hara.. Adakah kita nak negara kita juga begitu ? Okei please saya taknak libatkan politik..
Saya cuma nak negara saya aman sebab saya sedih melihat negara-negara bergolak..Ramai kanak-kanak dibunuh, nak keluar rumah pun takut, nak belajar pun susah..
Google pun Merdeka juga kan.. Bunga Raya pada Google mengingatkan saya pada simpang masuk ke Felda Raya Jengka 14.. Yelah setiap Felda kan ada bunga masing-masing..Jengka 14 bunga Raya..
I'm proud to be MalaysianGirl..
#SeptemberWish no more play laa at school.. Bulan 10 ni dah TRIAL, bulan 11 pula dah STPM.. 

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Oppa Gangnam Style

Assalamualaikum..
Hai hai hai.. Siapa tahu lagu ni ? Dekat twitter dah nak dekat sebulan jadi trending..
Bagi aku lagu ni best.. Pada yang tak minat teruskan dengan tak minat anda.. Kisah ?
Dekat Youtube video nie dah nak dekat 74 juta.. So layan lah yee..
Okei la cukup setakat nie saje.
*nanti kalau ada senamrobik aku nak suruh cikgu ajar tarian Oppa Gangnam Style lah.. haha

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

R A Y A 2012

Assalamualaikum..
Mula-mula nak upload gambar banyak-banyak lepastu baru tulis..
Mak abah.. Kiri adik kanan abang..
*Baju raya mak lari tema..heheh
Adik beradik saya..Tak cukup, lagi 2 orang tak tahu hilang ke mana.
Abang sulung (Abang Saro) dan family dia..
*semua ikan dalam akuarium tu dia yang punya.
Abang Ijat..Dia bagi duit raya doposen jew kat aku. hahah..Dia kata tak nak senyum sebab aku degil..haha
Nie pulak family Akak.. Anak dia masuk wad, tangan berbalut lagi tu..Terpaksa beraya di wad
Adik beradik perempuan saya..Di rumah arwah atok dan nenek..
*ada gaya nak buat cover album tak ? heheh
Raya pertama duduk rumah je sebab saudara mara ramai datang rumah..
Raya kedua plan nak balik kampung Jengka 14 tapi tak jadi sebab anak Kak Siti tak keluar wad lagi.. So duduk rumah je lah kawan-kawan aku bersepah datang..Dari pagi sampai malam..Apa yang penting Tom Yam aku masak sedappp.. hehe :D
Raya ketiga baru balik Jengka 14, pergi rumah Pak Long.Lepastu pergi rumah jiran tetangga.. Raya keempat dok rumah..
Raya kelima pergi shopping Temerloh mengabehkan duit raya..So sekarang aku pokai.. hahah

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Berbuka Puasa bersama keluarga

Assalamualaikum
Hari nie aku balik Jengka 14 buka puasa disana bersama-sama semua adik beradik.. Penat giler memasak macam-macam..Lauk banyak yang amat..Adik beradik ramai, 8 orang..
Dalam pukul 5 tu tengok badminton beregu, kalah..Sedih :(
Pukul 6 tu pula abang aku tebang pokok rambutan belakang rumah..Seronok tengok Khiro menyibuk..hahah
kuatkan saya?
Dah penuh ke ? Nak dok dalam tu !!
Yang kecik-kecik tu biar saya kutip..
Penat buat kerja rambut kena kekal terpacak..Baru kacak..haha
Kami berbuka puasa ada lauk Siakap 3 rasa, ayam golek, kangkung ikan bilis, sambal tempoyak, banyak lagi lah.. Yang aku tak boleh bla lauk petai bakar..hahah pelik.
Malam tu tengok badminton final.. Kalah ..Sedih yang amat. Tak tahu kenapa rasa sedih masa tengok Datuk Lee Chong Wei menangis.Rasa nak nangis juga, Takde kaitan dengan aiskrim baskin Robin k !! Kat Jengka xde kedai Baskin Robin. Paling dekat kat Kuantan..2 jam nak pergi..

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Happy Shopping

Assalamualaikum..
Semalam Aien, Tikah, Asmah, dan Mimie telah pergi hangout untuk mencari baju raya,kasut raya,tudung raya and many more..Kami pergi Temerloh je sebab nak pergi Kuantan tak sempat (mak pesan awal-awal dah JANGAN BALIK LAMBAT SANGAT), nak pergi KL pulak mampos mak aku nak bagi..Masa berjumpa dengan diorang-diorang semua ni selok lah kami bersalam tepi jalan..Dah lama tak jumpa lah katakan.. Rindu weyy.. Siapa tak rindu kawan sehidup semati..Sanggup ponteng kelas hari Jumaat sebab nak jalan-jalan.. Yang mak aku mula-mula tak bagi tapi lepas aku cakap nak pergi dengan Tikah terus mak aku bagi.. 
Pergi abang Mimie hantar naik car ..Sampai Temerloh kami cari baju raya Asmah dengan Mimie dulu sebab aku dengan Tikah dah beli lama dah baju raya.. Macam nak patah kaki memutar Temerloh.. Semua kedai yang ada baju kurung semua kami masuk..Masa kat Butik First Lady aku dengan Tikah bosan..Kami masuk fitting room dok dalam tu lama-lama.. Motif ? Nak tangkap gambar dalam tu..kahkahkah..Nasib baik tak kena marah..
Selepas itu kami cari kasut raya pula..Kasut Mimie cepat je jumpa..Kasut aku tak jumpa-jumpa sampai rasa nak putus asa mencari tapi akhirnya jumpa..Yeayy..
Last sekali cari barang-barang lain macam make up .. Kawan aku nak beli alas meja untuk mak dia tapi tak larat nak jalan sangat dah.
Dalam pukul 4.30 kami balik naik bas..Kena lah naik bas, mampos ada orang nak jemput kami..Pandai pergi pandai balik lah..Mula-mula tu kami main naik je bas, tapi disebabkan risau bas tu lepas ke Kedah, kami pun tanya lah "Nie bas Jengka kan ? .Dalam bas aku duduk dengan Tykah..Macam-macam borak ..
Masa bas tu berhenti simpang Jengka 18, ada mamat pakai Jersy Spain turun..kawan aku ushar(k aku pun ushar gak sebenarnya..Taksengaje..hehe). Tak payah penat-penat tanya nama, dekat Jersy dia tulis "SHAFIQ" ..Kantoi. Yang kawan aku Tykah tu bengong suruh aku turun kat Jengka 18, kalau ikut aku nak je turun,ada pasar malam kan..hahah
gedik.. hahaha
Nampak disitu budak selok.. Tikah la start nampak dulu Mini Cooper nie, sanggup kami lintas jalan yang penuh sesak hanya untuk snap gambar..
*dalam hati aku "Cepat lah Tikah !! Panas nie ..Dah la malu !!" hahah
Gambar tengah : Singgah kedai ape tah nama dia.. Ada jual spek Hello Kitty tu, aku cakap kat akak kedai tu "Kak pinjam jap nak tangkap gambar..Heheh.. Kawan aku cakap "Malu aku bawak ko nie berjalan Aien..Beli taknak..hahah" .Mujur akak tu sporting



DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Satu August 2012

Assalamualaikum..
Hari nie dah 1.8.2012 dah kan.. Cepatnya masa berlalu..Bulan 11 nie nak periksa STPM dah..Kenapa lah sekejap sangat masa berlalu, aku masuk kelas hari-hari tak series..Dah la soalan STP xdek bulat-bulat hentam-hentam, belaka esei..Mende lah nak tulis dalam kertas pekse nanti..Aku tanya cikgu asrama ada kosong lagi tak ? Saya nak duduk lepas raya nie.. Tak tahu kenapa aku tanya macam tu ..Entah betul entah tak lah aku nie tiba-tiba nak duduk asrama..


Sebenarnya takde mende pun nak tulis tapi dah lama tak tulis so tulis je lah apa-apa yang tengah terlintas di kepala otak..
Semalam aku bosan, aku tweet Johan As'ari macam nie "Hye ^_^ abang Johan.. *agak-agak abang balas tak nie.. Lima minit kemudian dia BALAS "Hye..Mestilah cuma kadang-kadang tak sempat..Apology..Giler excited aku..
Bulan puasa ni aku tak tahu lah ngape aku tak reti duduk diam dalam kelas.. Aku tahu aku hari-hari bising dalam kelas..Maafkan saya kawan-kawan sekelas :) Nanti saya buat lagi..hahah.. Macam tebuan duk dalam kelas, tak reti duduk diam.. K aku tebuan lapar..harharhar..


Tiba-tiba teringat kenangan masa jadi peminat Liverpool dulu.. Aku paksa adik aku beli beg Liverpool, aku rasa macam nak menangis merayu dia masa tu, akhirnya dia beli tapi lepas Fernando Torres bertukar ke Chelsea tahun lepas aku suruh dia buang beg tu.Dia tak buang sebab takde beg lain dah, akhir tahun tu dengan lajunya aku tolong buangkan..hahah Padahal benda tu elok sangat lagi.. Banyak barang Liverpool, tapi semua dah buang yang tinggal hanyalah button kecik ..Tak buang sebab tak perasan kecik sangat.K biarkan kenangan tu.. Purse Liverpool adik lelaki aku pun entah lepas mana dah .Sticker jangan kata lah, bertepek-tepek dulu..Adik aku lah minat beli,aku tukang paksa beli..hahah.. Tapi sekarang segalanya berubah..Aku dah minat Chelsea.. Tapi tak pernah beli apa-apa barang Chelsea pun..Takut Torres tukar lagi, t rugi..hahah..
Semalam baca surat khabar belah sukan punya.. "Pasukan Bola Sepak Lelaki Spain pulang awal" ..Kalah dengan Jepun dan Hondorus.. Yang nie yang umur berapa tah..Muda sangat lagi tapi menunjukkan zaman kegemilangan bola sepak Spain akan berakhir..Yelah yang hebat sekarang nie bukan selamanya dapat main, t tua bersara jugak..So aku nak sokong Malaysia..!!


Tadi berbuka puasa aku minum soya 1 gelas.. Lepas buka aku keluarkan semula 1 gelas soya itu.. Tolong jangan bayangkan..Aku rasa pening sangat..Plan malam nie nak buat homework tapi tak larat haihh..Rasa nak muntah lagi.. Oh tidak..Tak kan lah aku bakal jadi bapa !! hahah


Semalam aku tengok KBS Star Date.. Tetibe ada Nickhun pulak.. haihh pengsan..Mintak-mintak takde siapa nampak aku sengih sorang-sorang masa tengok "Prince Of Thai" ..Asyik Korea je, Thailand la pulak..Nickhun menang "Lelaki Korea Terkacak di dunia Nyata".. Diorang tak kisah pun undi orang Thailand menang anugerah Korea.
Tapi antara bola dengan artis,aku minat bola lagi..haa nampak permainan dia ? kahkah I Hate This Word.
K arhh nie series takde idea dah nak tulis.. Bye ..

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE