! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: December 2013

Just Be Yourself

Assalamualaikum.
Jadi diri sendiri, atau people keep talking about you. Take it or leave it.
Stop judges me coz aku sendiri pun tak tahu macam mana diri aku sebenarnya.Tapi kau boleh fikir bukan-bukan tentang aku. Aku tak pernah tahu apa yang aku paling suka, apa yang aku benci, macam mana mr Right aku, perangai aku macam mana. Makanan kegemaran aku sendiri pun aku tak tahu apa, so stop think negative about me. I'm tired.
Kau boleh fikir apa saja tapi kau fikir sendiri apa yang kau dah buat pada aku. Aku tetap diri aku walaupun kau dah hancurkan hati dan perasaan aku. Orang nak cakap ni cinta monyet, please aku dah 19 tahun lagi 6 hari umur aku 20 tahun.
Kau tahu aku mampu lupakan segalanya tentang kau tapi aku boleh cakap je. Text kau, alamat kau, gambar-gambar yang kau hantar aku tak mampu buang. Aku fikir itu je kenangan yang aku ada tentang kau. Kenapa segalanya tentang kau menyakitkan ?!
Nobody perfect. Aku terima segalanya walaupun perit. Tapi aku minta, siapa aku sekarang itu adalah hak aku, macam mana aku sekarang itu adalah cara aku, apa yang aku buat itu luaran saje. Perjalanan hidup aku masih panjang. Terima kasih kerana pernah hadir dan memberi pengajaran dalam hidup.

"Jangan menangis jika putus hubungan, tetapi ucaplah Alhamdulillah sebab kita dijauhkan daripada orang yang tidak reti menghargai kita"
Keep smiling and Hwaiting !!!
 

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Mamat Stadium

Assalamualaikum and Haii semua. Okei sekarang rasa macam aku akan tulis blog bila aku rasa nak tulis so blog ni akan nampak agak lengang kadang-kadang.
Baiklah throwback atau kenang kembali. Kita mulakan entry kita pada kali ini dengan cebisan gambar terlebih dahulu
Hahah act aku tiba-tiba teringat mamat rambut tinggi ni. Okei biarlah gambar belakang, penting ke gambar depan ? Aku pun bukan kenal dia dan taknak kenal dia.
Okei begini ceritanya, aku tak kenal dia habis cerita haha. Okei I series, gambar ni adalah ketika pertama kali aku tengok bola dekat stadium dalam sejarah hidup aku. Seronok katekoo. Nak dijadikan cerita, dia ni duduk depan aku. Mula-mula adik aku duduk sebelah dia sebab tempat duduk baris aku dah penuh so adik aku terpaksa duduk sebelah dia. Then lama sikit member abang aku tukar tempat (duduk belakang aku) So adik aku ada ruang nak duduk sebelah aku. Kiranya depan adik aku takde orang, depan aku dia, sebelah aku member-member dia yang lain. Serabut tahu dah la ramai. Ancoy la ni macam takde tempat lain nak duduk.
Nak dijadikan cerita masa perlawanan separuh akhir pertama Pahang lwn Sarawak dekat Stadium Darul Makmur Pahang menang 3-1. Dah kalau gol mesti la berdiri melompat satu stadium, kalau nak duduk tegak baik kau pergi tengok dokumentari. Okei cerita dia start goal pertama engkorang tahu dia buat apa ? Masa gol tu, satu stadium berdiri termasuk lah kami ni kan, tapi diaaaaa. Dia melebih, dia berdiri dekat tempat aku berdiri. Kiranya camni, tempat dia duduk tu aku akan berdiri disitu, tempat dia berdiri pulak kat bawah tu. Tapi semacam dia naik belah atas kat tempat aku berdiri. Sempit ke tak ke dia bedal semacam. Aku faham la yang dia nak celebrate dengan kawan dia yang duduk sebelah aku tu tapi tak payah la menyempit dekat aku. Aku tengah gembira nak melompat-lompat, sempit kau tahu ? Yang jadi makin sakit hati, dia tanggal baju. Hmmmm memang &^%*($#@$. 3 gol, 3 kali aku nak kena hadap benda yang sama dia buat. Adududu. Lepastu setiap kali part best memang satu stadium berdiri, tapi dia unik sikit. Dia berdiri lama sikit. Engkorang tahu dak setiap kali dia berdiri, aku tak nampak apa apa kat depan tu. Aku dah la kecik, rambut dia tinggi kemain. Haihh menyampah.
Ada sekali tu aku mintak air kat dia. Kahkahkah aku gurau je woii. Mesti member dia yang sebelah aku tu konfius kami asyik gaduh je. Yela aku tolak dia depan member dia. Haha. Aku tolak pakai lapik okei. Macam-macam lah dia tu, buat tumpah air la, itu la ini la. Yang lawaknya bila part satu stadium koyak kertas A4, dia ingat aku baling kertas kat dia. Berterabur kertas atas kepala dia lepastu dia pandang aku muka tak puas hati. Kahkahkah bukan aku !!
Apa apa pun aku berharap aku tak jumpa dia lagi dah. Tobat taknak dah. Menyakitkan hati. Rosak pengalaman pertama aku tengok bola kat stadium. Kalau nak diikutkan pengalaman pertama aku tengok bola panjang lagi tapi disebabkan tajuk entry ialah mamat stadium so aku cerita pasal mamat stadium je lah. Haha
Ini pulak minah stadium. Haha

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Banjir :'(

Assalamualaikum.
Hmm sekarang musim hujan, negeri Pahang banjir teruk terutama dekat Kuantan. Tak lupa juga negeri Terengganu dengan Johor. Sedih sangat tengok keadaan dekat sana. Ya Allah semoga mereka tabah menghadapi dugaan. Allah uji hambanya sebab Allah sayang, pasti ada hikmah disebalik segala yang berlaku.
Sekarang hari sabtu, banjir dekat Kuantan dengar khabarnya makin baik, tapiiiiii hmm Jengka, Temerloh, Jerantut dah banjir. Baru dapat info rumah kawan dekat Jengka 14 dah tenggelam. Sabarnya kawan. Aku tengok gambar kat FB Jengka 14 banjir terus menitis air mata, terkenang kampung halaman. Sesungguhnya inilah ujian Allah supaya hambanya lebih dekat kepadaNYA.
 Keadaan di Jengka 14

Btw walaupun hujan tapi tetap kena kerja. Tak kisah pun cuma terfikir buatnya jalan nak pergi dengan balik kerja nanti tenggelam macam mana nak balik ?
Satu lagi nak pesan, kat Facebook tak kisah la kalau ada page ke apa ke pos pasal banjir, pos gambar banjir, TOLONGLAH MERAYU SANGAT JANGAN KOMEN IKUT SEDAP JE, JAGA SENSITIVITI SIKIT. Kata mudahnya JANGAN JADI BODOH !!

 Allah kalau nak bagi, sekejap je !! Tak kena dekat diri sendiri lagi boleh la cakap besar, bongkak, hina !! Sebab bukan keluarga kau yang bertarung nyawa dalam banjir tu, bukan rumah kau yang tenggelam, bukan harta benda kau yang rosak, bukan sedara mara kau yang meninggal tu.
Disebabkan ayat orang macam ni, seluruh rakyat Pahang terasa. Kalau rakyat Pahang tak maafkan kata-kata kau, cari kat padang mahsyar nanti mintak maaf !!
 

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Online Shopping

Assalamualaikum.
Hye hari ni aku nak kongsi pasal online Shopping. Act entry ni lebih kepada pengalaman aku shopping secara online sebab ada orang pernah tanya "Tak takut ke beli barang dalam internet?"
Baiklah, first aku nak bagitahu shopping dalam talian ni sangat lah mudah dan seronok. Aku paling suka shopping kat Instagram. Sebabnya mesti lah kita tak payah bersusah payah memenatkan kaki berjalan masuk dari satu kedai ke satu kedai hanya untuk satu barang, tapi kita boleh tekan berpuluh online shop dalam masa beberapa minit je, sambil baring pulak tu. Haha. Online shop ni sama je la macam kau round kat kedai tapi kalau kedai mesti penat berjalan.

Kat sini aku list cara aku online shopping
  • First, pastikan owner online shop tu muka agak-agak naif sikit. Haha gurau je. Tak baik tau. Pastikan korang kena yakin kat owner tu. Kira macam aku "Aku yakin dia ni takkan menipu"
  • Pilih at least 10 online shop. Bandingkan harga, cara layan customer, include or exclude postage (aku suka kalau include)
  • Bila dah yakin dengan pilihan yg dibuat, printscreen gambar, save no owner online shop tu then Whatsapp dia (ikut la nak mesej ke whatsapp ke)
  • Whatsapp tu bagi la salam dulu. Tanya elok2. Jaga budi bahasa, baru orang selera nak layan kita
  • Aku tak suka komen kat gambar. Lambat.
  • Kalau beli kat FB, terus PM dia, itu menunjukkan yang korang betul2 series nak beli. Jangan harap dia PM korang !!
  • Lepastu tunggu dia reply
  • Bila dah reply. Blablabla tanya la puas-puas
  • Dan dia akan bagi no akaun bank dia. Atau korang mintak la.
  • Selalunya jangan bank in terlalu lewat. At least 24 jam.
  • Bila dah bank in, tangkap gambar resit bank, tunjuk kat dia.
  • Bagi sekali nama, alamat, no tel. Selalunya owner tu tak mintak lagi selamber aku bagi terus. Haha
  • Last, korang tunggu la parcel korang tu sampai depan rumah. Selalunya dalam 2,3 hari la. Paling lewat 3 hari.
  • Tracking number jangan lupa mintak
  • Kalau lebih dari 3 hari tak sampai lagi, korang tanya la dia. Tanya la elok-elok, jangan terus hentam dia.

Kebanyakan owner online shop ni guna Maybank, so adalah digalakkan supaya korang ada akaun Maybank. Bukan aku tak suka cash deposit ni, tapi aku lebih suka transfer dari akaun aku lagi la. Papehal boleh minta refund balik duit aku.
Bagi aku jangan beli benda yang mahal sangat kalau nak online shopping ni. Benda paling mahal aku beli online pun Power Bank je.
Barang yang aku dah pernah beli melalui online ni antaranya baju, seluar, jam, baju raya, handbag, powerbank, purse, casing phone, jersey Chelsea, bangle. Haa tu je la. Aku tak suka beli kasut online sebab kaki aku kecik susah cari saiz. Tudung online pulak rasa rugi je nak beli. Tudung tu berapa ringgit je, postage macam sama harga dengan tudung je.

Akhir kata dari aku, jangan sesekali menyusahkan orang lain kalau nak beli barang online contohnya suruh orang lain tolong bank in atau belikan barang tu. Kalau apa-apa jadi, tak pasal2 orang yang tolong tu kena. Tak ke menyusahkan ? Kalau nak kata tak pandai, ko tak reti-reti nak belajar ke ? Satu lagi dah besar tua bangka pun tak reti-reti nak berurusan dengan bank lagi ke ? Sampai bila hoiii..


Okei dalam gambar ni baju dari Ashanim Dress Lab Page , Handbag dari Avenue86 , Seluar army dari instagram Wawacolours, bangle tak ingat nama owner tu, jam pun tak ingat dah nama. Baju raya saya kat gambar tepi tu pulak dari MawarkuAmanda .
Tudung tu beli kat kedai sebelah tempat kerja. Glitter bawal, RM 10 je. Halfmoon pun ada. Raybank pinjam Tiqah punya. Haha

Okei setakat ini sahaja. Terima kasih membaca :)

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE