! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: March 2013

NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!

Assalamualaikum..
Saya copy perkara ni dari page Kami Peminat Ustaz Kazim Elias ..Rasanya tak salah copy dan sebar perkara macam ni.

Tolong pesan dengan orang lain..Tolong jangan update dekat Facebook kalau ternampak ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..Percuma Penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa-apa simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!!

Kepada Rakyat Sabah..
Tolong jangan sebarkan maklumat di FB atau dimana-mana sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah... Apa yang anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Tolong jangan merasa bangga dengan maklumat yang anda sebarkan... Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dengan tidak menyebarkan maklumat... Pegang amanah itu erat-erat... TOLONG SEBARKAN!! Sabahtech: rasanya update pasal info berapa yg terkorban itu tiada masalah.. atau update info agar semua orang lebih berhati-hati itu tiada masalah.. Cuma jangan update info yang berkaitan dengan gerakan PDRM dan tentera di luar sana..

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

SUDIN AIEN MINTA MAAF

Assalamualaikum..
Cukup lama aku meninggalkan blog aku tanpa berita.. Korang-korang tolonglah cakap yang korang rindu aku..Haha
Okei la berbalik kepada tujuan asal atau tajuk asal.. Ekceli tajuk ni saje je. Mohon sudin terharu tajuk entry nama dia.. Hahaha
Semalam kite keluar dengan kawan kite, Tikah dengan Asmah.. Aku keluar sebab nak pergi kedai buku, nak shopping sesakan yang mungkin dengan baucer ni.. Lepastu masa lalu kat Marry Brown, tiba-tiba nampak Sadiqin,Iwan dan Paih tengah lepak kat MB.. Tikah pun apa lagi, buat gelepar dia jumpa bestfriend dia si Iwan tu.. Siap cakap cenggini lagi "Korang duduk je sini jap, kejap lagi kami datang balik kita lepak.".Haha ngokngek.. Lepastu Sudin mintak tolong aku beli file seni dia,, aku mana tahu.. Kang salah beli marohh.. 
Then kami bertiga pun otw la nak pergi kedai buku, tiba-tiba Sudin ikut dari belakang.. Nampak sangat dia malu nak jalan sorang-sorang beli file.. Nampak disitu aku ni penting jugak..Kahkahkah
Dah sampai kat kedai tu file Sudin takde, lepastu aku tanya akak kat kaunter tu "Kak buku rujukan Tingkatan 6 sem 2 ada tak?" Dia jawab "Buku rujukan semua kat atas", aku tak puas hati aku tanya lagi *sebabnya aku malas nak buat kerja sia-sia pergi naik atas tapi takde bende* Aku tanya "Saya nak buku rujukan form 6" ,dia jawab "Cuba try tengok kat atas" Dengan bengangnya aku nak blah aku sempat cakap "Nampak sangat tak tahu kebende" ..Yelaa, dah nama pun pekerja, sepatutnya ambil tahu la sikit buku-buku yang kedai tu jual.. Lepastu aku nak atas dengan Sudin.. Satu kedai aku round sambil tanya Sudin "Mana nye werhh ?" Sudin cakap "Takde pun" Haihh ape bende yang ada nye werhh.. Lepas tu kami turun.. Kepada yang tertanya-tanya di mana Tikah dan Asmah, mereka sedang tangkap gambar depan tangga kedai..Hahahaha.. Tikah sibuk tangkap gambar, siap suruh Sudin snap pic kami lagi..Aku malu sebenarnya kalau dengan Sudin..Tikah cakap gini kat Sudin "Haa, nak panggil apa ni erk, tolong tangkap gambar kami" Aku pun tolong jawab "Panggil dia Sudin" Lain macam Sudin pandang aku..Tikah pulak terus gelak lepas dengar..Haha ..Tak jadi la panggil Sudin, panggil Sadiqin la. Aku sorang je boleh panggil Sudin..
Masa turun tangga tu memang aku bengang la, sepatutnya pekerja dia cakap je la kat kedai tu takde langsung buku form 6.. Aku dah pilih pen macam-macam kaler nak beli terus letak balik.. Cancel segalabende..
Lepastu kami pun balik semula ke MB.. Ada Sudin, Paih, Iwan, Yus, Tikah, Asmah, Aku.. Tikah makan burger,, dia memang lapar sokmo..haha
Aku tanya Sudin "Aie dengan Tiqah pergi Genting ke semalam?" Lepastu Sudin tunjuk gambar  diorang kat Genting..Aku pun cakap "Laa aku ingatkan Tiqah main-main ajak aku pergi genting,rupanya pergi sungguh..Haha" Aku cakap kat Sudin kirim salam kat Tiqah, pahtu Sudin bagi BB dia suruh tulis sendiri.. Aku ni dah macam perokk tak pernah sentuh henset mahal.. Dah la tak reti guna..Haha.. Lepas siap guna tu aku tak pulang pun. Aku main-main..Haha
Sudin dengan Iwan suruh aku refill air.. Aku cakap la "Refill air ? Tak kena bayar ke?" Diorang jawab tak. Sudin siap cakap lagi "Pergi je kat kaunter tu cakap nak refill air, mana kena bayar" ..Aku pun jawab "Kalau kena bayar, malu la aku ngok" ..Puas dia cakap tak.. Aku tak puas hati aku pun tanya akak pekerja yang tengah kemas-kemas meja tu "Kak nak refill air kena bayar ke tak? Akak tu jawab "Mana boleh refill air" . Semua orang yang ada kat situ semua gelak. Malu yang amat tau. Habis cover dah muka aku tadi tahan malu.. Ko ni memang vangang Sudin.. Sudin pun cakap "Laa yang bendul sangat pergi tanya buat apa?" Eiiii malas layan ko Sudin.. Rasa nak lempang je tadi, tapi fikir yang kau ni bekas pesakit denggi je aku mengalah.. Apa yang penting masa Sudin gelak tu terpejam terus mata dia.. HAHA SEPET BOOO..Terfikir jugak aku, kalau dia gelak sambil jalan, dia nampak jalan ke? Hahahahaha
Tikah dengan Asmah lepak kat meja hujung dengan Shafiq Firdaus, tertinggal la aku sorang-sorang berdampingan dengan Sudin sepet omeyy momeyy..HAHAHA.. Err, tapi ada Yus dengan Iwan sekali. Aku malas nak pergi kat Tikah , aku tak biasa dengan Shafiq Firdaus. Rela aku duduk dengan Sudin walaupun dia tu bangang tak sudah..Macam-macam dia kenakan aku, penat laa aku nak tulis..
Tiba-tiba Sudin tanya "Ehh, BB aku mana?" Aku jawab la "Aku dah pulangkan tadi., Ko ni jangan buat aku cuak" .. Lepastu dia percaya.. Gelabah dia cari BB dia.. Masa dia miskol tu aku dah cuak sikit sebab takut kantoi, tapi dia tu terlebih pandai, henset silent g miskol.. HAHAha.. Lepastu dia dok fikir-fikir "Aku rasa tertinggal dalam tandas la" Terus dia bangun nak pergi tandas, aku tengok muka dia macam orang hilang anak..Haha ..Aku pun cakap "Sudin, sudin.. Hehe, jangan marah" Dia pun senyum je..Kahkahkah.. Mesti dia rasa nak makan aku masa tu..Haha..Tapi aku tak pulangkan lagi, aku cakap nanti aku pulangkan..
Lama giler lepak dengan diorang.. Lepastu aku dengan Tikah, asmah pun nak blah.. Kami nak pergi pasar malam.. Dah jauh sikit jalan tu aku cakap gini kat Sudin "BB tak pulang lagi, kalau nak sini lah" Haha.. Aku pun blah pergi pasar malam sambil main BB dia.. Aku mana reti guna sangat werhh . Sedih.. 
Tiba-tiba aku rasa nak buka twitter guna BB dia, bukak twitter, twitter dia yang keluar.. Aku dok belek-belek, tak jumpa cemana nak sign out.. Apee lagi.. Gunakan peluang yang ada sebaiknya.. Macam-macam aku tweet.. Yang first sekali aku tweet "Saya comel tahu" kahkahkah.. Padan muka dia.. Series memang aku tak jumpa jalan nak sign out.. 
Lepastu aku telefon dia nak bagitahu jangan g mana-mana "Hello Sudin, ko nak ke taknak BB ko ni? Taknak aku bawa balik je." Dia jawab "Nak lah giler, yang kau pergi ambek buat apa" . Dah kalau nak kenapa tak ambek tadi sawan ayam?" Dia pun balas balik "Aku tak larat laaaa ngok" .. "Ohh aku lupa yang kau ni bekas pesakit denggi. Tunggu kat situ, kejap lagi aku pulang.. Kalau kau takde, aku bawa balik jangan mintak-mintak dah lepas tu.." Lepastu aku pulangkan la BB dia, kang susah pulak nak BBM awekss..Masa pulangkan tu aku cakap "Seronok sangat hack twitter awak"HAHA.. Dia pun cakap "Eii bangang serabut" . Lepastu nak pergi tu aku cakap "Sudin sorry tau" . Dia buat dekk je.. Wekkkkk padan muka kau kena hack.. Siapa suruh selalu kenakan aku untuk seumur hidup aku mengenali kau :P .. Lepas hantar BB Sudin kami terserempak dengan Idzraf, selambar ayam je aku cakap "irahh, belanja la Pizza" HAHAHA
Lepastu aku , Tikah, Asmah pun balik. Aku beli sate je kat pasar malam untuk adik-adik aku.. Nak cerita ni, sebelum aku keluar tu abang aku kirim topup maxis 30 ringgit, sekali aku salah beli.. Aku beli celcom 30 ringgit. Besar kecik besar kecik je dia pandang aku. Aku tahu memang aku kena jadi kuli part time dia laa. "Abang Ijat, orang mintak maaf..Orang lupa.. Sorry laa".. Sate yang aku beli tu kuah dia masin yang amat.. Aku nak telan pejam celik pejam celik mata aku.. Series masin giler.. Abang aku cakap "Bende la ko ni Aien, dah la balik lambat, topup salah beli, beli sate masin yang amat"..Sedih.. Ini semua salah Sudin *ehhtetibe..Haha
Masa kat MB kan, Sudin saje je tumpahkan air kat tangan Tikah, tiba-tiba dia lapkan pakai tisu.. Aku yang kat depan ni besar kecik besar kecik je pandang diorang..Hahaha . Jodoh kali.. Okeifine..
Malam tadi bila aku buka twitter, Sudin telah melancarkan perang secara besar-besaran kat aku.. Perhhh senak ulu hati kita membacanya wakk.. Dah la Sudin panggil Tikah enjin boat.. Kuang asam.. Tapi Tikah memang tak berhenti bercakap di sepanjang perjalanan dan disetiap kaki melangkah pun..Haha
Sampai nak dekat pukul 2 pagi aku membangang bersama Sudin sepet omeyy momey  sayang ku puihh
Sudin, kite minta maaf, lupakan lah sengketa lama.. Buka buku baru.. Okeyy sep !! .Amboii, dulu kemain lagi masa kau masuk wad.. Pak la baiknya.. "Aku doakan kesihatan kau, cepat la sembuh, aku rindu kau" "Kau kena tabah" .."Aien, aku minta maaf, aku banyak salah" ..Haha Sepanjang aku mengenali Sudin, minggu lepas lah bab-bab paling menyayat hati bagi kami..Kahkahkah
dari bawah Tikah, Asmah, Aien..
Terima kasih pada Sadiqin Sudin sepet sudip omey momeyy sayang aok sebab snap pic ni.. Padan muka kena paksa dengan tikah




DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE