! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: May 2012

Baru lepas cek gigi

Assalamualaikum..
Lama aku tak update blog sebab aku dok umah akak kat Kuantan..
Hari nie aku xdek keje bosan dok umah so ikut akak aku g klinik..Kat sini ada wifi tu sebab on9..
Lepas tu rasa nak cek gigi,,yelah aku nie memang malas nak g hospital so dah ada peluang kat sini ,yang cek pulak akak aku ..
Akak aku scaling gigi aku ,buang kerak2 yang ada kat gigi,,then dia kata ada gigi susu tersekat ,dia kata nak cabut ,aku nak nangis lepas dengar ..Last aku cabut gigi masa aku darjah 6, walaupun dah 18 tahun umur tapi aku still takut nak cabut gigi..Setelah dipujuk akhirnya aku nak jugak..Masa dia bius tu perhh sakit xyah cakap la..Okei dah siap cabut..Tapi kesan kebas 2 jam..Sekse werhh..Tak dapat rasa apa2 dalam mulut nie..
Okei klinik pown dah tutup,wifi pown akan ditutup..Bye

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

HAPPY BIRTHDAY GENG !!

Assalamualaikum..

Hari nie 31 MEI 2012 ialah Hari Jadi kau kan..Genap lah umur kau 17 tahun..Tua dah kau..hahah
Dah lama tak tegur tak bermaksud lupa taw...Aku ingat sokmo ke mu..Bizi jew..haha purepure bizi..
Aku doakan semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki..Semoga kau mendapat keputusan yang baik dalam SPM..aku taw ko pandai..heheh
Aku ingat nak hadiahkan mu IPhone 4S tapi aku pown x mampu beli ,so aku hadiahkan ucapan panjang lebar nie jew..Tu jew mampu..
And lastly aku tak tahu lagi akan pindah sekolah atau tidak becoz aku nak tengok EURO..So aku stay jew lah sekolah SMKJP tercinterr nie dulu..
Okei cukup setakat ini, sekian~


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

GAME EXPLORACE ATAU KAMI KENA GAME ??

Assalamualaikum
STRESS + PENAT + TEKANAN = PUTUS ASA
Hanya itu mampu digambarkan setakat ini..
Tadi ada game kat sekolah yang dinamakan EXPLORACE,permainan dia kami kena cari dan kumpul petunjuk yang semua sekali ada 10.. Okei mula-mula rasa macam best tapi bila diawal permainan pun dah diuji,kumpulan kami masih sabar sebab awal lagi..Lepas jumpa klu pertama permainan agak berjalan lancar..Tapi tersangkut di petunjuk ke-4,rasanya nak dekat setengah jam kami mencari lepastu baru jumpa..Permainan berjalan lancar lagi..Dan akhirnya sampai ke petunjuk terakhir,kami agak kami mampu dapat nombor 3 atau 4, nak tahu apa petunjuk terakhir tulis ;
Nak terkucil..Bayar 30 sen!!
Itu maknanya petunjuk kami ada di tandas..
Dengan riang gembira dan berharap dapat nombor 3 kami pun ke tandas..
Tapi tahu tak berapa lama kami mencari dalam tandas tu ? Kami cari sampai cikgu kata "okei-okei dah xyah cari,masa dah tamat"..So fikir2 la berapa lama kami mencari..Masa dah lama sangat mencari tu memang kami rasa putus asa cuma malas nak cakap kat cikgu,jatuh la standart !! haha..So kami pura-pura mencari sampai cikgu yang panggil kami.hahah
Kawan aku punya nak sedapkan hati g cakap gini "Ada orang sabotaj kumpulan kita masukkan petunjuk dalam lubang jamban pastu pam" kahkahkahkah..sampai tua cari tak jumpa werhh..Tapi bukan kumpulan kami jew xjumpa petunjuk yang mencukupi..Sebab game tu memang susah..
Apa-apa pun,itu adalah kenangan yang aku malas nak ulang...Stress werhh..Aku xpernah rasa putus asa macam tu..

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

MALU AKU KENA BUAT PENGUCAPAN AWAM !!

Assalamualaikum..
Hari nie mungkin hari yang agak memalukan jugak la bagi aku..
Acani ceritanya..Orientasi form 6 tadi ada ceramah PENGUCAPAN AWAM..Kiranya dia ajar la cara-cara nak berucap di khalayak awam..
Lepas ceramah tu dia suruh bersedia sebab dia akan pilih random untuk berucap didepan manusia2 yang ada dalam dewan kuliah tu..Aku nie belagok xnak prepare apa-apa sebab yakin nama tak kan dipanggil..
Lepas tu time panggil nama untuk berucap tiba-tiba dia sebut nama kumpulan aku..Menambahkan debaran dia kata pulak nak pilih ahli perempuan..Nak tekencing rase..
Dan nama yang bertuah dipanggil ialah "Nurafnizatul Ain Binti Muhammad Busrak"
Gilerr, bertuah betul rasa..Terketor-ketor aku g depan bawak bahan yang kawan aku buat..Rasa nak pengsan lepas pegang mickrofon *fakta-aku tak pernah pergi karouke !!
Bila aku pandang depan aku rasa "kenapalah ramai sangat makhluk kat depan aku nie..Malu la aku,dah la aku xkenal mereka-mereka semua nie..Eii pless la!!" Aku cuba nak buat biasa2 jew,cakap pun rilek jew tapi tak boleh !! Aku malu, gugup, ketor..macam-macam lagi lah..Yang paling best part aku digelakkan beramai-ramai..Lepas tu orang lain kena aku pulak gelakkan orang tu..kahkahkahkah ..Memang berehh ar kan..Tapi tu kira pengalaman la kan..Seronok la jugak..
Kelas pun dah diagihkan..Pelajar lelaki dalam kelas aku 4 orang jew..Menyedihkan~




DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

CHELSEA VS BAYERN MUNICH

Assalamualaikum..
Pukul 2 pagi nie final UEFA Champion League..Korang sokong sape ? Chelsea atau Bayern Munich ?
Aku ? Of course la CHELSEA !! Oww yeahh..Go Chelsea go !!
Tapi aku rasa aku sokong pemain jew lah..hahah..Kirenya
"Go TORRES, Go MULLER !!"
Hahah..Kauu adee ? Torres jadi pemain gantian,mane katenye selagi Torres tak masuk selagi tu aku sokong Bayern sebab ada Thomas Muller..Werhh Muller comel okei.*dimata aku lah .heheh..Aku start minat Muller masa Piala Dunia.*Muller Jerman..Perhh time tu macam nak gilerr aku sokong SPAIN..Nasib baik menang..
*memang aku sengaja letak gambar Muller yang paling hodoh..Takut korang minat..Mane boleh..*Dia dah kawin..Sodihhhhhhhhh..hahah

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Milenge Milenge

Assalamualaikum..
Hai semua..Siapa tengok hindustan kat TV3 tadi? Aku tengok !! Milenge Milenge tajuk dia..Dalam Bahasa Inggeris maksudnya "We Will Meet,We Will Meet"..
Perhh sumpah cakap sweet giler cite tu..Sekarang aku rasa aku dah fall in Love kat Shahid Kapoor ..kahkahkahkah
Aku tengok cerita tu dengan penuh perasaan ko taw !! Immy dan Priya nie terpisah dan biarkan takdir yang menemukan mereka.. Rasa bengang giler bila hampir bertemu tapi ada jew halangan..Ending baru bertemu..Wahh so sweet..
And the ending is happy ever after...
*hengseng giler Shahid Kapoor..heheh

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Dua Hari tak Updated Blog..2 Hari Je Kowt..

Assalmualaikum..
Hai korang..Baru 2 hari rasanya aku tak updated blog..Kan kan kan ? Tapi macam lama dah..
Tak de la busy sangat aku nie sebenarnya tapi dah sekolah ,balik sekolah penat malas nak ngadap komputer..Rabu dengan khamis tu pula aku demam selsema..Nak menaip macam seksa sangat..Aku bersin 15 kali seminit..Ada jew mende mengalir kat hidung..Aishh korang jangan bayangkan pulak..
Minggu nie aku datang 2 hari jew..3 hari lagi demam..Xbest la sekolah tu..Jujur dari lubuk hati aku !! Malas nyatakan sebab-sebab ,kang x pasal kena halau..haha
Okei,rasanya setakat nie jew, nanti updated lagi..


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Happy Teacher's Day To...

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu saya di Tadika Kemas Jengka 14, terutama cikgu saya yang bernama Cikgu Nora..
Seterusnya , kepada cikgu sekolah rendah saya di SK Bandar Pusat..Saya tak ingat la cikgu saya masa darjah 1,2,3,4...
Selamat Hari Guru juga kepada semua cikgu di SMK Jengka Pusat ..Lima tahun saya disitu menjalani kehidupan remaja sambil menuntut ilmu..Perkara yang tak mungkin saya lupakan..
Selain itu,saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu2 di SMK Jengka Pusat walaupun saya tak berapa kenal sangat sebab baru seminggu sekolah..*sorry x dtg sekolah tadi cikgu :D
Ucapan terima kasih kepada cikgu Matematik sebab menjadikan saya seorang yang celik MATE..Saya bermula dari form 1, 2 Matematik saya xpernah lulus..Form 3 cikgu ajar saya berjaya dapat B dalam PMR..Kemudian waktu Form 4 cikgu lain pula ajar saya straight fail juga then Form 5 cikgu ajar saya semula dan akhirnya saya berjaya dapat A dalam SPM..Form 6 saya putuskan untuk tak nak ambil subjek Mate sebab saya xboleh kalau cikgu tak ajar..Yess itulah cikgu Matematik saya,cikgu terbaik saya pernah jumpa..CIKGU DAUD !!
Saya juga sayang cikgu Sejarah saya..Kesian dia sebab ramai pelajar tak suka sejarah.
Happy Teacher's Day <3


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Gambar Untuk Kad Matrik..

Assalamualaikum..
sila gelak sebab lawa sangat..wakakak
Tadi pergi Bandar Pusat sebab nak tangkap gambar berukuran pasport untuk buat kad Matrik bagi Tingkatan 6..Act semalam pegi dah tangkap tapi gambar tu xlawa + senget..Kalau memang kepala aku yang senget sepatutnya jurukamera tu bagitahu la..Ni x ,dah rugi duit aku..
So tadi pergi kedai yang lain pulak..Abang kedai tu baik, ada dalam 15 cubaan aku snap..Abang tu buat muka pasrah dah dapat pelanggan macam aku...Ala aku dengan abang tu pun selalu juga main komen-komen dalam pesbuk..Kira baik la jugak..So boleh la buli..Kahkahkah
Lepas snap nak kena pilih pula, pown lama..haha ..Dah pilih abang tu nak edit, satu2 aku perhati, siap kata gini lagi "kalau xlawo saya post dalam fesbuk siap tag nama abang lagi" .hahaha..jahat giler.
Dalam banyak songehh aku tu setiap kali abang SAFUAN SHAFIE tu kata nak naikkan harga,aku dengan pantas tunjuk yang aku bawak 10 hengget jew..haha
(Songeh banyak, harga nak kurang) ntah hape2 :P

Sekian entry merepek aku..Hanya mampu updated sehari sekali jew sebab sudah mula bersekolah..

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Hai Tingkatan 6..I'm coming !!

Assalamualaikum..
Tadi dah daftar Ting 6 dah..Akan start bersekolah dari esok sampai 25 haribulan nie untuk sesi orientasi..Lepas cuti bulan 6 baru belajar.
Sumpah x prepare apa-apa..Ingatkan masuk bulan 6 nie,rupanya esok..Xdek mende nie..
Datang daftar tadi berbekalkan baju,kain,tudung adik..Dia pakai baju PJ tu pasal pinjam..Lepas nieh goneh ? Nak g buat rugi sebab dia kata lepas bulan 6 tukar baju dah..
Pergi daftar tadi lama giler..Nak demam rasa kat situ..
Apa-apa pun ini adalah pilihan yang sebenar !!
*muke2 form 6 yg x gaya form 6 tapi mcm PMR candidate.haha

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

AKU DAN ADIK AKU DAN PENGARUH NARUTO

Assalamualaikum..
Korang nak taw x ? Kalau xnak xpe la..Nak kasi tahu pada yang tahu jew..
Baby boy baru lahir semalam kan..Kalau xtaw lagi baca ENTRY nie..
Abang aku tak tahu lagi nak bagi nama apa,dia suruh aku dengan adik aku fikir, tiba-tiba adik aku yang umur 6 tahun cakap kat abang aku "Abang Saro,bagi la nama adik Khiro Uchiha Sasuke". .hambekk ko..Tekejut aku dengar..
Yang aku nie dok kalut tanya satu rumah kenapa Uchiha Itachi jadi jahat ?? wakakak..
Act baby nie pun lahir dalam pukul 7 suku, masa tu kami tengah tengok NARUTO SHIPUDDEN..
Lepastu petang esoknya (hari nie) kakak ipar aku nak keluar wad dah,adik aku umur 6 tahun tu ikut..
Nurse tanya adik aku "Baby apa nama" ,,dengan konfidentnya adik aku jawab "nama Baby Uchiha Kakashi" ..Tecengang nurse tu.hahah
Pagi SASUKE petang tukar KAKASHI dah..Ahsudah
 Aku dengan adik aku bagi cadangan nama "Aeriq Arumi"
Wahh ala2 Jepun gitu..Tapi ada maksud okei..Maksudnya "Keturunan yang bijaksana"
Dah 2 hari umur dia..Xdek nama tetap lagi so panggil Adik Khiro..

OKEI CUKUP SETAKAT INI, AKU NAK TENGOK BOLA CHELSEA vs LIVERPOOL..bye

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

CHELSEA MENANG FA CUP 2012

Assalamualaikum..

Chelsea menewaskan Liverpool 2-1 dan menjadi juara Piala FA 2012..
Gol pertama oleh Ramires pada minit ke-11..
Pada separuh masa kedua pula Didier Drogba berjaya menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-51..
Andy Carrol yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol pada minit ke-64.. Menjadikan Chelsea 2 Liverpool 1..
Permainan yang sangat mendebarkan ..Apapun tahniah Chelsea..

*saya peminat Chelsea..Yeay !!

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Aku Ada Banyak Sebab Untuk Xnak Duduk Asrama

Assalamualaikum..
Bulan 6 nie insyaallah aku akan mendaftar masuk ke Tingkatan 6..Aku xkesah la kan sebab memang itu pilihan aku..
Yang menjadi masalahnya mak dengan abah suruh duduk asrama..
Seumur hidup aku,aku tak pernah duduk jauh dari mak abah..
Aku tak dapat bayangkan hidup berdikari (walaupun suatu hari nanti aku tetap kena berdikari juga)..

Aku punya banyak sebab untuk taknak masuk asrama..Walaupun aku tahu alasan itu hanya logik pada aku..Pada korang jahanammm..Hancoss alasan mengarot.

Antara alasannya ialah
  • AKU TAKUT HANTU
  • Aku seorang yang sangat penakut sampai nak kencing pun berteman (aku series nie)
  • AKU NAK TENGOK EURO 2012 (sebenarnya nak tengok SPAIN jew)wakakak
  • Cerita Endless Love kat TV3 x tamat lagi
  • Drama Korea aku semua tak tamat lagi..
  • Bulan 7 nie dah puasa (aku xleh bangun sahur kalau mak x kejut) *SERIES 
  • Aku nak berbuka puasa bersama keluarga (kalau boleh selamanya)
  • Nak tengok cerita Nada Cinta (yang nie sumpah tipu)
Okei cukup la banyak nie walaupun sebenarnya banyak lagi (takut mak aku baca dia perambatt aku kang..Naye koi)
Aku tahu dalam hati korang cakap acani "semua alasan takboleh pakai!!"
TAPI ITULAH KENYATAANNYA..AKU TAKNAK DUDUK ASRAMA!!

Oleh yang demikian aku telah merequest kepada emak aku yang aku nak masuk asrama lepas raya..Harap permohonan diluluskan..Amin
Gambar xdek kaitan dengan tajuk tapi nak upload juga sebab baru snap tadi..wakaka (Y)


*kalau klik iklan kat tepi,bagitahu la saya..Serious saya klik awak punya pula TAPI JANGAN TIPU !! KERAT 18 KANG !!

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Alhamdulillah..Saya Dapat Sorang Lagi Anak Saudara

Assalamualaikum..
Wahh..Tulis dengan gembira nie..
Alhamdulillah saya dapat seorang lagi anak saudara..Bermakna saya dah ada TIGA orang anak saudara dan semuanya LELAKI..
Anak sedara baru saya tu dilahirkan lebih dalam pukul 8 malam tadi..
Tapi xdek nama lagi..Ada cadangan nama ? ahahh

Apa yang penting budak nie nangis lepas abah dia telefon kata dia dapat adik
Rilek la Khiro..

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE