! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: November 2013

A W A K :'(

Assalamualaikum

Saya pernah bagi awak note ni dulu. Sekarang saya rasa nak hantar sekali lagi. Awak nak tahu ? Saya rindukan awak dengan sepenuh hati saya . I miss you to the moon and back I miss you so bad.
Awak tahu ? Saya cuba melupakan orang yang tidak menghargai saya tapi saya tak boleh. Saya terlanjur menyayangi dia.
Tuhanku aku sangat merindui dia, jika aku salah, hapuskan rasa rindu ini. Tetapi jika tidak, tolong sampaikan salam rinduku padanya agar dia tahu betapa sakit rasa merindui seseorang.
Saya pernah terfikir, andai kita tidak ditakdirkan untuk mengenali satu sama lain, pasti jalan hidup kita berbeza, saya tidak perlu menahan sebak dek kerinduan ini, saya juga tidak perlu merasa sakit melihat segalanya. Tapi saya terima. Awak tahu, saya terima segalanya. Terima dengan sepenuh hati saya. Tetapi saya hanya manusia biasa, punya rasa cinta, punya rasa sakit, dan saya tidak mampu menahan kerinduan ini. Saya juga tidak mampu membenci awak.
Awak tahu ? Kalau ditakdirkan kita tak dapat bertemu lagi, saya berdoa supaya dapat lihat awak dari jauh. Itu sudah cukup dalam hidup saya.


Sandiwara Cinta
Aku tahu ini semua tak adilAku tahu ini sudah terjadiMau bilang apa aku pun tak sanggupAir mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengarAlasannya seringkali kau ucapKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mauMungkin ini jalan yang kau inginkanKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Baju sekolah untuk dirindui

Hai. Assalamualaikum. Poyo nya tajuk. Menyampah aii haha.
Baiklah tadi last paper. Ni betul-betul last, takde dah lepasni. Paper Sastera. Paper start pukul 2.30 petang. So semalam minta cuti dekat bos, bos memahami takkan la tak bagi yedak.? So malam tadi study sikit-sikit la, pukul 11 tidur. Cakap kat mak suruh gerak pukul 3.30 pagi sebab nak study. Puihh study tengkorak kau. Mak tak gerak, tapi aku terbangun sendiri tepat-tepat pukul 3.30 pagi. Okei mesti dalam paleotak korang aku betul-betul study kan ? Memang tengkorak hang study. Bangun pagi p layan UCL (UEFA Champions League) Okei memang dari dulu setiap kali niat aku kuat nak tengok bola, aku akan terbangun tepat-tepat waktu yang aku niatkan nak bangun sebelum tidur. Biasa kalau bangun pepagi buta ni mesti macam liat sikit, tarik-tarik selimut dulu. Ni tak ! terduduk, keluar terus. Haa buat macam takde exam dah esoknya.
Bola start pukul 3.45. Chelsea gua kalah dohh !! Tapi nasib baik Borrusia Dortmund menang. Selalu macam tu, bila Chelsea menang Dortmund kalah, bila Dortmund menang, Chelsea kalah. Stress. Tak tahu nak meraikan atau menangisi. Hahaha. Bola habis pukul 5.30 lebih gitu la. Pukul 6.30 pagi aku sambung tidur. Mengantuk yang amat tak fikir nak study dah.
Tak tahu la dalam pukul berapa, mak kejutkan "Aien kata nak exam, ni nak bangun pukul berapa ni haa?" Aku pun jawab "Gerak la dalam pukul 10" Mak pun jerit "NI DAH PUKUL 10 SETENGAH !!" Hamboi siap capslock haha.
Kiranya siang tadi aku study dari pukul 11 sampai pukul 1 petang. Pukul 1.30 nak pergi sekolah dah. Dah siap apa semua g la sekolah, dalam kepala susah nak fokus. Fikir nak habis cepat je.
Alhamdulillah tepat 4.30 petang aku merdeka. Aku bebas dari menjadi pelajar sekolah. Mana ada form 7 nokk. Jadi aku pasti akan merindui baju sekolah yang aku dah pakai selama 13 tahun ni.

Saya akan merindui segalanya tentang sekolah. Bye

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

MUET

Assalamualaikum.
Akhirnya exam MUET berakhir dengan jayanya. Kami jawab MUET semalam (sabtu) 3 paper, Reading, Writing and Listening. Speaking buat lama dah. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik dan berdoa dapat band yang diharapkan. Tak harap banyak, band 3 pun jadi la sebab selama teacher buat test kat sekolah 2 kali je aku pernah dapat band 3.
Ermmm lagi. Jumaat sehari sebelum hari exam tu aku demam, Ya Allah sabar je lah. Demam demam pun tetap kena kerja. So balik rumah tu cakap kat mak demam, mak suruh makan ubat lepastu pergi tidur cepat. Masa tengah kerja tu memang sebeban aku telan ubat. Mula-mula panadol Actifast, tengok macam tak jalan je, aku pergi beli ubat demam, selsema, sakit tekak kat klinik. Lepastu telan cecepat, balik rumah telan lagi. Lepastu tidur. Dalam pukul 12 tengah malam tu terbangun. Lepastu rasa macam okei sikit lepastu rasa lega. Alhamdulillah.
Esoknya pergi jawab exam macam biasa pakai baju sekolah. Petang tu tetap kena kerja, kena buka kedai sebab bos aku pergi Terengganu. So aku buka kedai pukul 1.30 petang sebab exam habis dalam pukul 12.45 gitu.
Bosan jugak la duduk sorang-sorang, then Tasha dengan Asmah datang. Yeayyy thanks kawan datang melawat kita yang pishang sesorang tu. Dah la demam, kelaparan pulak tu. Siap tolong beli makanan lagi. Nanti lepak lagi. Seriously lama giler dah tak jumpa diorang, kawan masa sekolah Menengah, lepas masing-masing pergi sambung belajar terus susah nak jumpa dah.
Yang tudung merah tu Asmah yang tudung pink tu Tasha. Yang koya glitter tu I la :P

Hye kita ada kembar (=^_^=)

Terima kasih sudi membaca :)

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Mengisi Masa Lapang

Assalamualaikum.
Haiii bertemu kita lagi di blog yang sangat cantik ni. Ehh sukati la nak puji blog sendiri :P
Di kebosanan daku di rumah setelah berjaya menamatkan zaman persekolahan dengan penuh bergaya cewahh, aku dah bekerja. Haa nanti dapat gaji aku belanja choki choki keyh.
Dulu aku punya la bertekad taknak kerja yang kena pakai uniform macam KFC ke McD ke, tapi sekarang aku penat. Penat nak kena fikir hari-hari nak pakai baju apa. Hmm sampai tiap pagi aku masuk dalam almari tapi tak jumpa jugak baju apa nak di pakai.
Hari ahad baru ni dating dengan Tiqah.. Oke mest rindu dia nanti kalau dia dah balik UITM Kedah.
Hmm nak tahu tak ? Masa mandi tadi, berlimpahan idea nak tulis blog, sekarang aku tak tahu bendape aku merepek ni. Nak delete sayang, so publish je lah. Haha


Ni nama nya gambar


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Assalamualaikum

Hello readers. Hmm takde tajuk yang sesuai. Lama sangat tak update blog.
Act tiba-tiba rasa teringin nak tulis sesuatu dekat sini. Marilah kita mengimbau perjalanan hidup saya sepanjang saya tak tulis blog ni.
Last tulis bulan 7, sekarang dah bulan 11. Macam-macam perkara terjadi dalam hidup ni. Hmm tak tahu nak mula dari mana. Okei rilek jangan gelabah.
First saya nak cerita pasal someone. Act saya ada berkawan dengan seseorang dan saya suka sangat berkawan dengan dia. Saya tak kisah dia macam mana atau apa saje janji cara dia tak buat saya meluat. Saya susah nak tahan dengan seseorang sebab cara dia yang buat saya menyampah atau dia tu tak kena dengan jiwa saya. Tapi bila saya dah jumpa orang yang kena dengan jiwa saya, saya seronok berkawan dengan dia. Sekarang saya still berkawan dengan dia. Dia pemain futsal wakil Pahang dalam SUKMA 2013. Saya tak kisah dia tak tegur saya pat tahun sebab saya tahu hidup dia bukan untuk dihabiskan melayan saya. Hahaha. Hmm malas lah nak cerita tapi saya kawan je dengan dia. Bagi saya, lebih senang berkawan dengan semua orang. Takde la complicated dan terbeban sangat hidup.
Okei cerita seterusnya, saya sebagai rakyat Pahang berbangga dengan negeri kelahiran saya kerana berjaya memenangi Piala Malaysia 2013 setelah kali terakhir menang pada 1992. So misi 92 completed. Misi Pak cik Majid pun completed jugak. Tahniah Pahang dan rakyat Pahang.
Nak cerita pasal Piala Malaysia lagi la, masa separuh akhir pertama lawan Sarawak dekat Stadium Darul Makmur saya pergi. Wahh syokk gila menang 3-1. Then Pahang berjaya melangkah ke final. Saya memang plan nak pergi. Tapiiiiiiiiii tiket habis. Bayangkan betapa hampa saya masa tu, 3 hari 3 malam tak tidur mencari tiket. Call orang ni, ejas orang ni. Last dapat tiket RM80.00. Masa tu saya pokai, so saya takde cara dah selain tak pergi. Abang saya pun dah cancel nama saya dari senarai rombongan yang nak pergi Stadium Shah Alam. Saya dengan penuh hampa tengok kat rumah je lah. Tapi kehampaan saya terbayar apabila Pahang berjaya menjadi juara. Punyaa la macam nak roboh rumah saya menjerit. Haha
Okei begitu la kisah saya dan bola.
Sekolah ? Baiklah saya telah berjaya menamatkan zaman persekolahan saya dengan penuh bergaya. Aceyhh. Alhamdulillah peperiksaan semester 3 baru berakhir, saya berharap saya mendapat keputusan yang baik. So sekarang saya dah ada kerja part time.
Itu je la saya nak tulis. Okei bye 

Mehh tatap gambar pulak meh
Hari Raya Aidilfitri
Raya Aidiladha
Aku janji sampai mati Pahang di hatiku
Separuh akhir pertama. Tengok bola dengan kawan-kawan abang.
My BFF Tiqah dah bertunang. Congrate dear.
Hye. Saya seorang pekerja yang baik dan rajin. Percayalah
Ni time kerja tudung senget, pinjam cermin mata Anis

Saya belajar buat coklat moist. Hari-hari buat kek. Haha
Pahang Power 2013


Yang ni saje gedik nak letak jugak. Haha
Okei cukup sampai di sini saja. Nanti kita bertemu lagi. Ceyyyy

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE