! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: 2013

Just Be Yourself

Assalamualaikum.
Jadi diri sendiri, atau people keep talking about you. Take it or leave it.
Stop judges me coz aku sendiri pun tak tahu macam mana diri aku sebenarnya.Tapi kau boleh fikir bukan-bukan tentang aku. Aku tak pernah tahu apa yang aku paling suka, apa yang aku benci, macam mana mr Right aku, perangai aku macam mana. Makanan kegemaran aku sendiri pun aku tak tahu apa, so stop think negative about me. I'm tired.
Kau boleh fikir apa saja tapi kau fikir sendiri apa yang kau dah buat pada aku. Aku tetap diri aku walaupun kau dah hancurkan hati dan perasaan aku. Orang nak cakap ni cinta monyet, please aku dah 19 tahun lagi 6 hari umur aku 20 tahun.
Kau tahu aku mampu lupakan segalanya tentang kau tapi aku boleh cakap je. Text kau, alamat kau, gambar-gambar yang kau hantar aku tak mampu buang. Aku fikir itu je kenangan yang aku ada tentang kau. Kenapa segalanya tentang kau menyakitkan ?!
Nobody perfect. Aku terima segalanya walaupun perit. Tapi aku minta, siapa aku sekarang itu adalah hak aku, macam mana aku sekarang itu adalah cara aku, apa yang aku buat itu luaran saje. Perjalanan hidup aku masih panjang. Terima kasih kerana pernah hadir dan memberi pengajaran dalam hidup.

"Jangan menangis jika putus hubungan, tetapi ucaplah Alhamdulillah sebab kita dijauhkan daripada orang yang tidak reti menghargai kita"
Keep smiling and Hwaiting !!!
 

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Mamat Stadium

Assalamualaikum and Haii semua. Okei sekarang rasa macam aku akan tulis blog bila aku rasa nak tulis so blog ni akan nampak agak lengang kadang-kadang.
Baiklah throwback atau kenang kembali. Kita mulakan entry kita pada kali ini dengan cebisan gambar terlebih dahulu
Hahah act aku tiba-tiba teringat mamat rambut tinggi ni. Okei biarlah gambar belakang, penting ke gambar depan ? Aku pun bukan kenal dia dan taknak kenal dia.
Okei begini ceritanya, aku tak kenal dia habis cerita haha. Okei I series, gambar ni adalah ketika pertama kali aku tengok bola dekat stadium dalam sejarah hidup aku. Seronok katekoo. Nak dijadikan cerita, dia ni duduk depan aku. Mula-mula adik aku duduk sebelah dia sebab tempat duduk baris aku dah penuh so adik aku terpaksa duduk sebelah dia. Then lama sikit member abang aku tukar tempat (duduk belakang aku) So adik aku ada ruang nak duduk sebelah aku. Kiranya depan adik aku takde orang, depan aku dia, sebelah aku member-member dia yang lain. Serabut tahu dah la ramai. Ancoy la ni macam takde tempat lain nak duduk.
Nak dijadikan cerita masa perlawanan separuh akhir pertama Pahang lwn Sarawak dekat Stadium Darul Makmur Pahang menang 3-1. Dah kalau gol mesti la berdiri melompat satu stadium, kalau nak duduk tegak baik kau pergi tengok dokumentari. Okei cerita dia start goal pertama engkorang tahu dia buat apa ? Masa gol tu, satu stadium berdiri termasuk lah kami ni kan, tapi diaaaaa. Dia melebih, dia berdiri dekat tempat aku berdiri. Kiranya camni, tempat dia duduk tu aku akan berdiri disitu, tempat dia berdiri pulak kat bawah tu. Tapi semacam dia naik belah atas kat tempat aku berdiri. Sempit ke tak ke dia bedal semacam. Aku faham la yang dia nak celebrate dengan kawan dia yang duduk sebelah aku tu tapi tak payah la menyempit dekat aku. Aku tengah gembira nak melompat-lompat, sempit kau tahu ? Yang jadi makin sakit hati, dia tanggal baju. Hmmmm memang &^%*($#@$. 3 gol, 3 kali aku nak kena hadap benda yang sama dia buat. Adududu. Lepastu setiap kali part best memang satu stadium berdiri, tapi dia unik sikit. Dia berdiri lama sikit. Engkorang tahu dak setiap kali dia berdiri, aku tak nampak apa apa kat depan tu. Aku dah la kecik, rambut dia tinggi kemain. Haihh menyampah.
Ada sekali tu aku mintak air kat dia. Kahkahkah aku gurau je woii. Mesti member dia yang sebelah aku tu konfius kami asyik gaduh je. Yela aku tolak dia depan member dia. Haha. Aku tolak pakai lapik okei. Macam-macam lah dia tu, buat tumpah air la, itu la ini la. Yang lawaknya bila part satu stadium koyak kertas A4, dia ingat aku baling kertas kat dia. Berterabur kertas atas kepala dia lepastu dia pandang aku muka tak puas hati. Kahkahkah bukan aku !!
Apa apa pun aku berharap aku tak jumpa dia lagi dah. Tobat taknak dah. Menyakitkan hati. Rosak pengalaman pertama aku tengok bola kat stadium. Kalau nak diikutkan pengalaman pertama aku tengok bola panjang lagi tapi disebabkan tajuk entry ialah mamat stadium so aku cerita pasal mamat stadium je lah. Haha
Ini pulak minah stadium. Haha

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Banjir :'(

Assalamualaikum.
Hmm sekarang musim hujan, negeri Pahang banjir teruk terutama dekat Kuantan. Tak lupa juga negeri Terengganu dengan Johor. Sedih sangat tengok keadaan dekat sana. Ya Allah semoga mereka tabah menghadapi dugaan. Allah uji hambanya sebab Allah sayang, pasti ada hikmah disebalik segala yang berlaku.
Sekarang hari sabtu, banjir dekat Kuantan dengar khabarnya makin baik, tapiiiiii hmm Jengka, Temerloh, Jerantut dah banjir. Baru dapat info rumah kawan dekat Jengka 14 dah tenggelam. Sabarnya kawan. Aku tengok gambar kat FB Jengka 14 banjir terus menitis air mata, terkenang kampung halaman. Sesungguhnya inilah ujian Allah supaya hambanya lebih dekat kepadaNYA.
 Keadaan di Jengka 14

Btw walaupun hujan tapi tetap kena kerja. Tak kisah pun cuma terfikir buatnya jalan nak pergi dengan balik kerja nanti tenggelam macam mana nak balik ?
Satu lagi nak pesan, kat Facebook tak kisah la kalau ada page ke apa ke pos pasal banjir, pos gambar banjir, TOLONGLAH MERAYU SANGAT JANGAN KOMEN IKUT SEDAP JE, JAGA SENSITIVITI SIKIT. Kata mudahnya JANGAN JADI BODOH !!

 Allah kalau nak bagi, sekejap je !! Tak kena dekat diri sendiri lagi boleh la cakap besar, bongkak, hina !! Sebab bukan keluarga kau yang bertarung nyawa dalam banjir tu, bukan rumah kau yang tenggelam, bukan harta benda kau yang rosak, bukan sedara mara kau yang meninggal tu.
Disebabkan ayat orang macam ni, seluruh rakyat Pahang terasa. Kalau rakyat Pahang tak maafkan kata-kata kau, cari kat padang mahsyar nanti mintak maaf !!
 

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Online Shopping

Assalamualaikum.
Hye hari ni aku nak kongsi pasal online Shopping. Act entry ni lebih kepada pengalaman aku shopping secara online sebab ada orang pernah tanya "Tak takut ke beli barang dalam internet?"
Baiklah, first aku nak bagitahu shopping dalam talian ni sangat lah mudah dan seronok. Aku paling suka shopping kat Instagram. Sebabnya mesti lah kita tak payah bersusah payah memenatkan kaki berjalan masuk dari satu kedai ke satu kedai hanya untuk satu barang, tapi kita boleh tekan berpuluh online shop dalam masa beberapa minit je, sambil baring pulak tu. Haha. Online shop ni sama je la macam kau round kat kedai tapi kalau kedai mesti penat berjalan.

Kat sini aku list cara aku online shopping
  • First, pastikan owner online shop tu muka agak-agak naif sikit. Haha gurau je. Tak baik tau. Pastikan korang kena yakin kat owner tu. Kira macam aku "Aku yakin dia ni takkan menipu"
  • Pilih at least 10 online shop. Bandingkan harga, cara layan customer, include or exclude postage (aku suka kalau include)
  • Bila dah yakin dengan pilihan yg dibuat, printscreen gambar, save no owner online shop tu then Whatsapp dia (ikut la nak mesej ke whatsapp ke)
  • Whatsapp tu bagi la salam dulu. Tanya elok2. Jaga budi bahasa, baru orang selera nak layan kita
  • Aku tak suka komen kat gambar. Lambat.
  • Kalau beli kat FB, terus PM dia, itu menunjukkan yang korang betul2 series nak beli. Jangan harap dia PM korang !!
  • Lepastu tunggu dia reply
  • Bila dah reply. Blablabla tanya la puas-puas
  • Dan dia akan bagi no akaun bank dia. Atau korang mintak la.
  • Selalunya jangan bank in terlalu lewat. At least 24 jam.
  • Bila dah bank in, tangkap gambar resit bank, tunjuk kat dia.
  • Bagi sekali nama, alamat, no tel. Selalunya owner tu tak mintak lagi selamber aku bagi terus. Haha
  • Last, korang tunggu la parcel korang tu sampai depan rumah. Selalunya dalam 2,3 hari la. Paling lewat 3 hari.
  • Tracking number jangan lupa mintak
  • Kalau lebih dari 3 hari tak sampai lagi, korang tanya la dia. Tanya la elok-elok, jangan terus hentam dia.

Kebanyakan owner online shop ni guna Maybank, so adalah digalakkan supaya korang ada akaun Maybank. Bukan aku tak suka cash deposit ni, tapi aku lebih suka transfer dari akaun aku lagi la. Papehal boleh minta refund balik duit aku.
Bagi aku jangan beli benda yang mahal sangat kalau nak online shopping ni. Benda paling mahal aku beli online pun Power Bank je.
Barang yang aku dah pernah beli melalui online ni antaranya baju, seluar, jam, baju raya, handbag, powerbank, purse, casing phone, jersey Chelsea, bangle. Haa tu je la. Aku tak suka beli kasut online sebab kaki aku kecik susah cari saiz. Tudung online pulak rasa rugi je nak beli. Tudung tu berapa ringgit je, postage macam sama harga dengan tudung je.

Akhir kata dari aku, jangan sesekali menyusahkan orang lain kalau nak beli barang online contohnya suruh orang lain tolong bank in atau belikan barang tu. Kalau apa-apa jadi, tak pasal2 orang yang tolong tu kena. Tak ke menyusahkan ? Kalau nak kata tak pandai, ko tak reti-reti nak belajar ke ? Satu lagi dah besar tua bangka pun tak reti-reti nak berurusan dengan bank lagi ke ? Sampai bila hoiii..


Okei dalam gambar ni baju dari Ashanim Dress Lab Page , Handbag dari Avenue86 , Seluar army dari instagram Wawacolours, bangle tak ingat nama owner tu, jam pun tak ingat dah nama. Baju raya saya kat gambar tepi tu pulak dari MawarkuAmanda .
Tudung tu beli kat kedai sebelah tempat kerja. Glitter bawal, RM 10 je. Halfmoon pun ada. Raybank pinjam Tiqah punya. Haha

Okei setakat ini sahaja. Terima kasih membaca :)

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

A W A K :'(

Assalamualaikum

Saya pernah bagi awak note ni dulu. Sekarang saya rasa nak hantar sekali lagi. Awak nak tahu ? Saya rindukan awak dengan sepenuh hati saya . I miss you to the moon and back I miss you so bad.
Awak tahu ? Saya cuba melupakan orang yang tidak menghargai saya tapi saya tak boleh. Saya terlanjur menyayangi dia.
Tuhanku aku sangat merindui dia, jika aku salah, hapuskan rasa rindu ini. Tetapi jika tidak, tolong sampaikan salam rinduku padanya agar dia tahu betapa sakit rasa merindui seseorang.
Saya pernah terfikir, andai kita tidak ditakdirkan untuk mengenali satu sama lain, pasti jalan hidup kita berbeza, saya tidak perlu menahan sebak dek kerinduan ini, saya juga tidak perlu merasa sakit melihat segalanya. Tapi saya terima. Awak tahu, saya terima segalanya. Terima dengan sepenuh hati saya. Tetapi saya hanya manusia biasa, punya rasa cinta, punya rasa sakit, dan saya tidak mampu menahan kerinduan ini. Saya juga tidak mampu membenci awak.
Awak tahu ? Kalau ditakdirkan kita tak dapat bertemu lagi, saya berdoa supaya dapat lihat awak dari jauh. Itu sudah cukup dalam hidup saya.


Sandiwara Cinta
Aku tahu ini semua tak adilAku tahu ini sudah terjadiMau bilang apa aku pun tak sanggupAir mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengarAlasannya seringkali kau ucapKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mauMungkin ini jalan yang kau inginkanKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Baju sekolah untuk dirindui

Hai. Assalamualaikum. Poyo nya tajuk. Menyampah aii haha.
Baiklah tadi last paper. Ni betul-betul last, takde dah lepasni. Paper Sastera. Paper start pukul 2.30 petang. So semalam minta cuti dekat bos, bos memahami takkan la tak bagi yedak.? So malam tadi study sikit-sikit la, pukul 11 tidur. Cakap kat mak suruh gerak pukul 3.30 pagi sebab nak study. Puihh study tengkorak kau. Mak tak gerak, tapi aku terbangun sendiri tepat-tepat pukul 3.30 pagi. Okei mesti dalam paleotak korang aku betul-betul study kan ? Memang tengkorak hang study. Bangun pagi p layan UCL (UEFA Champions League) Okei memang dari dulu setiap kali niat aku kuat nak tengok bola, aku akan terbangun tepat-tepat waktu yang aku niatkan nak bangun sebelum tidur. Biasa kalau bangun pepagi buta ni mesti macam liat sikit, tarik-tarik selimut dulu. Ni tak ! terduduk, keluar terus. Haa buat macam takde exam dah esoknya.
Bola start pukul 3.45. Chelsea gua kalah dohh !! Tapi nasib baik Borrusia Dortmund menang. Selalu macam tu, bila Chelsea menang Dortmund kalah, bila Dortmund menang, Chelsea kalah. Stress. Tak tahu nak meraikan atau menangisi. Hahaha. Bola habis pukul 5.30 lebih gitu la. Pukul 6.30 pagi aku sambung tidur. Mengantuk yang amat tak fikir nak study dah.
Tak tahu la dalam pukul berapa, mak kejutkan "Aien kata nak exam, ni nak bangun pukul berapa ni haa?" Aku pun jawab "Gerak la dalam pukul 10" Mak pun jerit "NI DAH PUKUL 10 SETENGAH !!" Hamboi siap capslock haha.
Kiranya siang tadi aku study dari pukul 11 sampai pukul 1 petang. Pukul 1.30 nak pergi sekolah dah. Dah siap apa semua g la sekolah, dalam kepala susah nak fokus. Fikir nak habis cepat je.
Alhamdulillah tepat 4.30 petang aku merdeka. Aku bebas dari menjadi pelajar sekolah. Mana ada form 7 nokk. Jadi aku pasti akan merindui baju sekolah yang aku dah pakai selama 13 tahun ni.

Saya akan merindui segalanya tentang sekolah. Bye

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

MUET

Assalamualaikum.
Akhirnya exam MUET berakhir dengan jayanya. Kami jawab MUET semalam (sabtu) 3 paper, Reading, Writing and Listening. Speaking buat lama dah. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik dan berdoa dapat band yang diharapkan. Tak harap banyak, band 3 pun jadi la sebab selama teacher buat test kat sekolah 2 kali je aku pernah dapat band 3.
Ermmm lagi. Jumaat sehari sebelum hari exam tu aku demam, Ya Allah sabar je lah. Demam demam pun tetap kena kerja. So balik rumah tu cakap kat mak demam, mak suruh makan ubat lepastu pergi tidur cepat. Masa tengah kerja tu memang sebeban aku telan ubat. Mula-mula panadol Actifast, tengok macam tak jalan je, aku pergi beli ubat demam, selsema, sakit tekak kat klinik. Lepastu telan cecepat, balik rumah telan lagi. Lepastu tidur. Dalam pukul 12 tengah malam tu terbangun. Lepastu rasa macam okei sikit lepastu rasa lega. Alhamdulillah.
Esoknya pergi jawab exam macam biasa pakai baju sekolah. Petang tu tetap kena kerja, kena buka kedai sebab bos aku pergi Terengganu. So aku buka kedai pukul 1.30 petang sebab exam habis dalam pukul 12.45 gitu.
Bosan jugak la duduk sorang-sorang, then Tasha dengan Asmah datang. Yeayyy thanks kawan datang melawat kita yang pishang sesorang tu. Dah la demam, kelaparan pulak tu. Siap tolong beli makanan lagi. Nanti lepak lagi. Seriously lama giler dah tak jumpa diorang, kawan masa sekolah Menengah, lepas masing-masing pergi sambung belajar terus susah nak jumpa dah.
Yang tudung merah tu Asmah yang tudung pink tu Tasha. Yang koya glitter tu I la :P

Hye kita ada kembar (=^_^=)

Terima kasih sudi membaca :)

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Mengisi Masa Lapang

Assalamualaikum.
Haiii bertemu kita lagi di blog yang sangat cantik ni. Ehh sukati la nak puji blog sendiri :P
Di kebosanan daku di rumah setelah berjaya menamatkan zaman persekolahan dengan penuh bergaya cewahh, aku dah bekerja. Haa nanti dapat gaji aku belanja choki choki keyh.
Dulu aku punya la bertekad taknak kerja yang kena pakai uniform macam KFC ke McD ke, tapi sekarang aku penat. Penat nak kena fikir hari-hari nak pakai baju apa. Hmm sampai tiap pagi aku masuk dalam almari tapi tak jumpa jugak baju apa nak di pakai.
Hari ahad baru ni dating dengan Tiqah.. Oke mest rindu dia nanti kalau dia dah balik UITM Kedah.
Hmm nak tahu tak ? Masa mandi tadi, berlimpahan idea nak tulis blog, sekarang aku tak tahu bendape aku merepek ni. Nak delete sayang, so publish je lah. Haha


Ni nama nya gambar


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Assalamualaikum

Hello readers. Hmm takde tajuk yang sesuai. Lama sangat tak update blog.
Act tiba-tiba rasa teringin nak tulis sesuatu dekat sini. Marilah kita mengimbau perjalanan hidup saya sepanjang saya tak tulis blog ni.
Last tulis bulan 7, sekarang dah bulan 11. Macam-macam perkara terjadi dalam hidup ni. Hmm tak tahu nak mula dari mana. Okei rilek jangan gelabah.
First saya nak cerita pasal someone. Act saya ada berkawan dengan seseorang dan saya suka sangat berkawan dengan dia. Saya tak kisah dia macam mana atau apa saje janji cara dia tak buat saya meluat. Saya susah nak tahan dengan seseorang sebab cara dia yang buat saya menyampah atau dia tu tak kena dengan jiwa saya. Tapi bila saya dah jumpa orang yang kena dengan jiwa saya, saya seronok berkawan dengan dia. Sekarang saya still berkawan dengan dia. Dia pemain futsal wakil Pahang dalam SUKMA 2013. Saya tak kisah dia tak tegur saya pat tahun sebab saya tahu hidup dia bukan untuk dihabiskan melayan saya. Hahaha. Hmm malas lah nak cerita tapi saya kawan je dengan dia. Bagi saya, lebih senang berkawan dengan semua orang. Takde la complicated dan terbeban sangat hidup.
Okei cerita seterusnya, saya sebagai rakyat Pahang berbangga dengan negeri kelahiran saya kerana berjaya memenangi Piala Malaysia 2013 setelah kali terakhir menang pada 1992. So misi 92 completed. Misi Pak cik Majid pun completed jugak. Tahniah Pahang dan rakyat Pahang.
Nak cerita pasal Piala Malaysia lagi la, masa separuh akhir pertama lawan Sarawak dekat Stadium Darul Makmur saya pergi. Wahh syokk gila menang 3-1. Then Pahang berjaya melangkah ke final. Saya memang plan nak pergi. Tapiiiiiiiiii tiket habis. Bayangkan betapa hampa saya masa tu, 3 hari 3 malam tak tidur mencari tiket. Call orang ni, ejas orang ni. Last dapat tiket RM80.00. Masa tu saya pokai, so saya takde cara dah selain tak pergi. Abang saya pun dah cancel nama saya dari senarai rombongan yang nak pergi Stadium Shah Alam. Saya dengan penuh hampa tengok kat rumah je lah. Tapi kehampaan saya terbayar apabila Pahang berjaya menjadi juara. Punyaa la macam nak roboh rumah saya menjerit. Haha
Okei begitu la kisah saya dan bola.
Sekolah ? Baiklah saya telah berjaya menamatkan zaman persekolahan saya dengan penuh bergaya. Aceyhh. Alhamdulillah peperiksaan semester 3 baru berakhir, saya berharap saya mendapat keputusan yang baik. So sekarang saya dah ada kerja part time.
Itu je la saya nak tulis. Okei bye 

Mehh tatap gambar pulak meh
Hari Raya Aidilfitri
Raya Aidiladha
Aku janji sampai mati Pahang di hatiku
Separuh akhir pertama. Tengok bola dengan kawan-kawan abang.
My BFF Tiqah dah bertunang. Congrate dear.
Hye. Saya seorang pekerja yang baik dan rajin. Percayalah
Ni time kerja tudung senget, pinjam cermin mata Anis

Saya belajar buat coklat moist. Hari-hari buat kek. Haha
Pahang Power 2013


Yang ni saje gedik nak letak jugak. Haha
Okei cukup sampai di sini saja. Nanti kita bertemu lagi. Ceyyyy

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Result Semester 2

Assalamualaikum.
2 bulan dah tak tulis blog. Act lupa dah kat blog.. Hahaha..
Isnin baru ni result sem 2 keluar. Kebanyakan student kat sekolah aku result down. Aku pun :'( .Sakit jugak la hati. Dah la kena repeat 1 paper, paper yang aku malas repeat pulak tu. Hurmmm.. Menyampahhhhh
Tapi kalau nak diikutkan result aku kira okei dari yang lain. Semalam cikgu bagi ranking pointer. Aku dapat no 11 dari 84 pelajar.. Aku nak top 10.. Hahaha.. Tapi ranking tak penting, yang penting pointer. Yedak ?
Sem 3 ni ingatkan nak struggle tapi huaaaaaaaaaaaaa stress la. PBS bersepah.
Tapi aku cuba jugak la buat yang terbaik. Ini pilihan aku, aku kena tempuhi walau beribu cabaran mendatang. cewahh ayat.
Aku harap sem 3 ni penuh keberkatan la dalam hidup aku. Sudah tiba masa untuk berubah..
K, la. Sampai disini dulu. Bye readers ^__^


DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

After Exam

Assalamualaikum
Haii semua, apa khabar ? Hope korang baik-baik saje dan bahagia disamping keluarga tercinta.. Sekarang kan cuti sem, so tak tahu nak buat apa, so nak tulis entry banyak-banyak sampai puas.. Haha
Minggu lepas kan aku exam, final exam.. Exam tu 4 hari, tapi paper kami 2 hari je.. Hari selasa dengan rabu.. Hari selasa la paling menyeksakan. 3 paper sekaligus, pukul 4.40 petang baru habis.. Dengan mengantuk nye lahhaii, dengan mata sakit kena gigit kerengga lagi lah, lagi teruk selsema la tuu, soksek soksek dalam dewan  Haha
Hari rabu LAST PAPER, paper BM.. Exam start pukul 11 pagi, so kami yang cemerlang ni haruslah datang waktu pagi, setiap pagi sebelum exam kami akan buat solat hajat dan bacaan Yasin. So why not datang awal kan.. Ada jugak yang datang sekolah pukul 10a.m ..
Habis exam pukul 12 setengah. Kami plan habis exam nak balik terus, then lepak ramai-ramai dekat restoran. Kami lepak dekat WFC je, makan Chicken Chop.. Dah la aku tersilap cakap nak makan Chopstick.. kahkahkah sumpah malu woiii..
Nak dijadikan cerita sebelum balik tu, kami nak turun bawah (sekolah tu atas bukit) , tiba-tiba nampak Pengetua dengan GPK HEM tengah meronda, dah tu semua berhenti tengah jalan.. Datang budak lelaki dari belakang tanya "kenapa weyy?" .Kitorang pun jawab "tuu pengetua" . Budak laki pun cakap "Lah biar la dia, dia pun manusia juga.. Haha.. Balik je lah, ingat kita ni budak form 1 apa" .. So dengan riak takabur nye kami selamber badak lalu tepi pengetua balik sekolah pukul 12.30 tengah hari.. Ha ha ha.. Dannnn , kami bertiga belas orang pun lepak makan dekat WFC.. Pergi naik 4 kereta.
Esoknya hari Khamis kami dah habis paper.. Tinggal paper Kimia dengan Seni je lah lagi.. Tapi disebabkan ketabahan kami nak mendapatkan buku bank dari cikgu sebab nak keluarkan biasiswa, so kami pun datang sekolah.. 10 orang je budak kelas kami datang. .Yang kelakarnya, disebabkan ramai cikgu takde, pengetua suruh kami masuk bilik seminar bergabung sekali dengan budak lower 6, tapi taknak punya pasal kami berkampung dalam bilik guru.. Cikgu pun tak kisah.. Siap cakap lagi "kalau panas pasang la aircond.. Haha..
Bosan giler dok sekolah, kami plan lepas dapat buku bank tu nak lari balik terus.. Aku punya plan lagi teruk, plan nak pergi sekolah pukul 10, pukul 11 balik.. Tapi disebabkan sekolah tu bukan bapak aku punya, so batalkan la niat tu.. Dalam pukul 11 kami dapat buku bank, tiba-tiba ada pulak cikgu ajak masuk library. Takkan nak cakap "takpe la cikgu, kami nak balik" .. Giler apa baru pukul 11 pagi..
So terpaksa la balik pukul 1 petang. Pukul 1 tu sebelum balik kami pergi bank dulu.. Kemaskini buku bank, terkejut beruk dalam akaun ada 1k.. Muahahahaha kayoo den.. haha
Lepas selesai tu kami lepak makan lagi..haha.. Kami lepak KFC je, pergi tu naik 2 kereta sebab satu kereta nak pergi Maybank, 1 kereta nak pergi BSN.. Selesai melaghoo, kami pun pulang ke home :)
 K la, sampai sini dulu .. Nanti aku cerita pasal aku pergi rombongan pulak..
Byee tata..
Kami Wira Bas, Penyelamat Dunia !!

Kami la geng geng geng Bas Sekolah.. 

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Mana ada aku hilang

Assalamualaikum
Haii korang, rindu aku tak ? Tak ? Cenggini la geng,. tanak kawan >.<
Act nak dekat 3 bulan dah aku tak hapdet aku punya blog ni.. Memang lari la pembaca..
Sebenarnya aku baru je habis final exam untuk sem 2 ni.. Soalan dia perhhh cenggini (Y) susahnyee !! Aku cakap kat cikgu soalan susah, cikgu cakap "tu laa aok kenapa tak baca".. Haaa kan dah kena balik :P . Doakan aku dapat result yang baik :)
Aku kan dah lama tak tulis blog, nak kata aku busy belajar, aku belajar gitu-gitu je.. Tidur je banyak.. Haha.
Nak cite ni, 3 minggu lepas aku demam teruk. Seminggu aku tak pergi sekolah. Bayangkan lah time-time nak exam la jugak demamnya.. Lepas seminggu demam, aku pun sihat.. Tapi sihat gitu-gitu je.. Aku dapat rasa badan aku selalu panas..Tiba-tiba dalam minggu yang sama hari khamis tu aku demam semula. Dah kena MC lagi.. Waktu tu aku rasa macam "ehhh please lah, aku ada 4 hari lagi sebelum exam. Tolonglah jangan demam!!" Dah la jenis aku kalau demam mesti seminggu.
Ahad sehari sebelum exam tu rasa macam demam lagi, tapi tabahkan hati.. Kirenye sepanjang aku jawab exam, jawab dalam selsema.. Dah la masa tengah study bawah pokok tiba-tiba kena gigit kerengga bawah mata.. Lahanat punya kerengga..

Haiii saya senior O_o ..Kalau terserempak bagi seringgit.. Ugut k ugut..Hahaha

Hujung bulan 4 haritu aku pergi rombongan.. Semua form 6 wajib pergi.. Best sangattt.. Nanti la aku cerita dalam entry lain..Cuti masih panjang..Bye bye

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!

Assalamualaikum..
Saya copy perkara ni dari page Kami Peminat Ustaz Kazim Elias ..Rasanya tak salah copy dan sebar perkara macam ni.

Tolong pesan dengan orang lain..Tolong jangan update dekat Facebook kalau ternampak ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..Percuma Penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa-apa simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!!

Kepada Rakyat Sabah..
Tolong jangan sebarkan maklumat di FB atau dimana-mana sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah... Apa yang anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Tolong jangan merasa bangga dengan maklumat yang anda sebarkan... Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dengan tidak menyebarkan maklumat... Pegang amanah itu erat-erat... TOLONG SEBARKAN!! Sabahtech: rasanya update pasal info berapa yg terkorban itu tiada masalah.. atau update info agar semua orang lebih berhati-hati itu tiada masalah.. Cuma jangan update info yang berkaitan dengan gerakan PDRM dan tentera di luar sana..

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

SUDIN AIEN MINTA MAAF

Assalamualaikum..
Cukup lama aku meninggalkan blog aku tanpa berita.. Korang-korang tolonglah cakap yang korang rindu aku..Haha
Okei la berbalik kepada tujuan asal atau tajuk asal.. Ekceli tajuk ni saje je. Mohon sudin terharu tajuk entry nama dia.. Hahaha
Semalam kite keluar dengan kawan kite, Tikah dengan Asmah.. Aku keluar sebab nak pergi kedai buku, nak shopping sesakan yang mungkin dengan baucer ni.. Lepastu masa lalu kat Marry Brown, tiba-tiba nampak Sadiqin,Iwan dan Paih tengah lepak kat MB.. Tikah pun apa lagi, buat gelepar dia jumpa bestfriend dia si Iwan tu.. Siap cakap cenggini lagi "Korang duduk je sini jap, kejap lagi kami datang balik kita lepak.".Haha ngokngek.. Lepastu Sudin mintak tolong aku beli file seni dia,, aku mana tahu.. Kang salah beli marohh.. 
Then kami bertiga pun otw la nak pergi kedai buku, tiba-tiba Sudin ikut dari belakang.. Nampak sangat dia malu nak jalan sorang-sorang beli file.. Nampak disitu aku ni penting jugak..Kahkahkah
Dah sampai kat kedai tu file Sudin takde, lepastu aku tanya akak kat kaunter tu "Kak buku rujukan Tingkatan 6 sem 2 ada tak?" Dia jawab "Buku rujukan semua kat atas", aku tak puas hati aku tanya lagi *sebabnya aku malas nak buat kerja sia-sia pergi naik atas tapi takde bende* Aku tanya "Saya nak buku rujukan form 6" ,dia jawab "Cuba try tengok kat atas" Dengan bengangnya aku nak blah aku sempat cakap "Nampak sangat tak tahu kebende" ..Yelaa, dah nama pun pekerja, sepatutnya ambil tahu la sikit buku-buku yang kedai tu jual.. Lepastu aku nak atas dengan Sudin.. Satu kedai aku round sambil tanya Sudin "Mana nye werhh ?" Sudin cakap "Takde pun" Haihh ape bende yang ada nye werhh.. Lepas tu kami turun.. Kepada yang tertanya-tanya di mana Tikah dan Asmah, mereka sedang tangkap gambar depan tangga kedai..Hahahaha.. Tikah sibuk tangkap gambar, siap suruh Sudin snap pic kami lagi..Aku malu sebenarnya kalau dengan Sudin..Tikah cakap gini kat Sudin "Haa, nak panggil apa ni erk, tolong tangkap gambar kami" Aku pun tolong jawab "Panggil dia Sudin" Lain macam Sudin pandang aku..Tikah pulak terus gelak lepas dengar..Haha ..Tak jadi la panggil Sudin, panggil Sadiqin la. Aku sorang je boleh panggil Sudin..
Masa turun tangga tu memang aku bengang la, sepatutnya pekerja dia cakap je la kat kedai tu takde langsung buku form 6.. Aku dah pilih pen macam-macam kaler nak beli terus letak balik.. Cancel segalabende..
Lepastu kami pun balik semula ke MB.. Ada Sudin, Paih, Iwan, Yus, Tikah, Asmah, Aku.. Tikah makan burger,, dia memang lapar sokmo..haha
Aku tanya Sudin "Aie dengan Tiqah pergi Genting ke semalam?" Lepastu Sudin tunjuk gambar  diorang kat Genting..Aku pun cakap "Laa aku ingatkan Tiqah main-main ajak aku pergi genting,rupanya pergi sungguh..Haha" Aku cakap kat Sudin kirim salam kat Tiqah, pahtu Sudin bagi BB dia suruh tulis sendiri.. Aku ni dah macam perokk tak pernah sentuh henset mahal.. Dah la tak reti guna..Haha.. Lepas siap guna tu aku tak pulang pun. Aku main-main..Haha
Sudin dengan Iwan suruh aku refill air.. Aku cakap la "Refill air ? Tak kena bayar ke?" Diorang jawab tak. Sudin siap cakap lagi "Pergi je kat kaunter tu cakap nak refill air, mana kena bayar" ..Aku pun jawab "Kalau kena bayar, malu la aku ngok" ..Puas dia cakap tak.. Aku tak puas hati aku pun tanya akak pekerja yang tengah kemas-kemas meja tu "Kak nak refill air kena bayar ke tak? Akak tu jawab "Mana boleh refill air" . Semua orang yang ada kat situ semua gelak. Malu yang amat tau. Habis cover dah muka aku tadi tahan malu.. Ko ni memang vangang Sudin.. Sudin pun cakap "Laa yang bendul sangat pergi tanya buat apa?" Eiiii malas layan ko Sudin.. Rasa nak lempang je tadi, tapi fikir yang kau ni bekas pesakit denggi je aku mengalah.. Apa yang penting masa Sudin gelak tu terpejam terus mata dia.. HAHA SEPET BOOO..Terfikir jugak aku, kalau dia gelak sambil jalan, dia nampak jalan ke? Hahahahaha
Tikah dengan Asmah lepak kat meja hujung dengan Shafiq Firdaus, tertinggal la aku sorang-sorang berdampingan dengan Sudin sepet omeyy momeyy..HAHAHA.. Err, tapi ada Yus dengan Iwan sekali. Aku malas nak pergi kat Tikah , aku tak biasa dengan Shafiq Firdaus. Rela aku duduk dengan Sudin walaupun dia tu bangang tak sudah..Macam-macam dia kenakan aku, penat laa aku nak tulis..
Tiba-tiba Sudin tanya "Ehh, BB aku mana?" Aku jawab la "Aku dah pulangkan tadi., Ko ni jangan buat aku cuak" .. Lepastu dia percaya.. Gelabah dia cari BB dia.. Masa dia miskol tu aku dah cuak sikit sebab takut kantoi, tapi dia tu terlebih pandai, henset silent g miskol.. HAHAha.. Lepastu dia dok fikir-fikir "Aku rasa tertinggal dalam tandas la" Terus dia bangun nak pergi tandas, aku tengok muka dia macam orang hilang anak..Haha ..Aku pun cakap "Sudin, sudin.. Hehe, jangan marah" Dia pun senyum je..Kahkahkah.. Mesti dia rasa nak makan aku masa tu..Haha..Tapi aku tak pulangkan lagi, aku cakap nanti aku pulangkan..
Lama giler lepak dengan diorang.. Lepastu aku dengan Tikah, asmah pun nak blah.. Kami nak pergi pasar malam.. Dah jauh sikit jalan tu aku cakap gini kat Sudin "BB tak pulang lagi, kalau nak sini lah" Haha.. Aku pun blah pergi pasar malam sambil main BB dia.. Aku mana reti guna sangat werhh . Sedih.. 
Tiba-tiba aku rasa nak buka twitter guna BB dia, bukak twitter, twitter dia yang keluar.. Aku dok belek-belek, tak jumpa cemana nak sign out.. Apee lagi.. Gunakan peluang yang ada sebaiknya.. Macam-macam aku tweet.. Yang first sekali aku tweet "Saya comel tahu" kahkahkah.. Padan muka dia.. Series memang aku tak jumpa jalan nak sign out.. 
Lepastu aku telefon dia nak bagitahu jangan g mana-mana "Hello Sudin, ko nak ke taknak BB ko ni? Taknak aku bawa balik je." Dia jawab "Nak lah giler, yang kau pergi ambek buat apa" . Dah kalau nak kenapa tak ambek tadi sawan ayam?" Dia pun balas balik "Aku tak larat laaaa ngok" .. "Ohh aku lupa yang kau ni bekas pesakit denggi. Tunggu kat situ, kejap lagi aku pulang.. Kalau kau takde, aku bawa balik jangan mintak-mintak dah lepas tu.." Lepastu aku pulangkan la BB dia, kang susah pulak nak BBM awekss..Masa pulangkan tu aku cakap "Seronok sangat hack twitter awak"HAHA.. Dia pun cakap "Eii bangang serabut" . Lepastu nak pergi tu aku cakap "Sudin sorry tau" . Dia buat dekk je.. Wekkkkk padan muka kau kena hack.. Siapa suruh selalu kenakan aku untuk seumur hidup aku mengenali kau :P .. Lepas hantar BB Sudin kami terserempak dengan Idzraf, selambar ayam je aku cakap "irahh, belanja la Pizza" HAHAHA
Lepastu aku , Tikah, Asmah pun balik. Aku beli sate je kat pasar malam untuk adik-adik aku.. Nak cerita ni, sebelum aku keluar tu abang aku kirim topup maxis 30 ringgit, sekali aku salah beli.. Aku beli celcom 30 ringgit. Besar kecik besar kecik je dia pandang aku. Aku tahu memang aku kena jadi kuli part time dia laa. "Abang Ijat, orang mintak maaf..Orang lupa.. Sorry laa".. Sate yang aku beli tu kuah dia masin yang amat.. Aku nak telan pejam celik pejam celik mata aku.. Series masin giler.. Abang aku cakap "Bende la ko ni Aien, dah la balik lambat, topup salah beli, beli sate masin yang amat"..Sedih.. Ini semua salah Sudin *ehhtetibe..Haha
Masa kat MB kan, Sudin saje je tumpahkan air kat tangan Tikah, tiba-tiba dia lapkan pakai tisu.. Aku yang kat depan ni besar kecik besar kecik je pandang diorang..Hahaha . Jodoh kali.. Okeifine..
Malam tadi bila aku buka twitter, Sudin telah melancarkan perang secara besar-besaran kat aku.. Perhhh senak ulu hati kita membacanya wakk.. Dah la Sudin panggil Tikah enjin boat.. Kuang asam.. Tapi Tikah memang tak berhenti bercakap di sepanjang perjalanan dan disetiap kaki melangkah pun..Haha
Sampai nak dekat pukul 2 pagi aku membangang bersama Sudin sepet omeyy momey  sayang ku puihh
Sudin, kite minta maaf, lupakan lah sengketa lama.. Buka buku baru.. Okeyy sep !! .Amboii, dulu kemain lagi masa kau masuk wad.. Pak la baiknya.. "Aku doakan kesihatan kau, cepat la sembuh, aku rindu kau" "Kau kena tabah" .."Aien, aku minta maaf, aku banyak salah" ..Haha Sepanjang aku mengenali Sudin, minggu lepas lah bab-bab paling menyayat hati bagi kami..Kahkahkah
dari bawah Tikah, Asmah, Aien..
Terima kasih pada Sadiqin Sudin sepet sudip omey momeyy sayang aok sebab snap pic ni.. Padan muka kena paksa dengan tikah




DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Pizza Hut..

Assalamualaikum..

Begini cerita nya, Pizza Hut Delivery baru dibuka di Bandar Jengka. Mohon jangan ada yang kata bandar guwaa kuno arh..Haha :P
Nak dijadikan cerita tadi aku balik kerja, aku ajak adik aku dengan abah aku pergi beli pizza.
Disebabkan ini adalah kali pertama aku makan pizza, ehh silap, beli pizza. So aku tak tahu langsung macam mana nak beli,,. Hahaha..
So dengan muka redha tawakal pasrah menyerah nye aku dengan adik aku masuk dalam tu. Bila sampai turn kami, aku pun macam tergagap-gagap nak jawab apa.. Tiba-tiba dia tanya "Nama apa?" , dengan sangat kuatnya aku jawab "Haaa?" .Dah kenapa ? Mana aku tahu kalau nak beli pizza kena bagi nama. Dah aku tercengang, adik aku pun jawabkan "Nama Aien". 
Lepastu dia tanya nak apa ? Dah kedai Pizza takkan nak beli basikal. Kahkahkah tak kelakar -_-
Dah siap sesi temuramah tu aku pun tanya "hantar kat rumah boleh?" Spontan dia jawab, "tak boleh, kalau beli kat sini kena tunggu" ,aku macam biasa sekali lagi "Haaaaa?" ..Dalam Haaa blerr aku tu sempat lagi aku cakap "Nak cancel boleh? Hehehe*tipu,akutakgelakmacamnipun* .Spontan lagi dia jawab "Sorry la, tak boleh"..Nak aku ulang ke aku jawab apa ? Okei la aku ulang, yelaa, mana tahu ada yang blerr tak faham-faham lagi.. Aku pun jawab "Haaa?".. Adik aku fedap aku asyik jawab "Haaa?" je.. Haha
Akhirnya kami pun kata kat abang tu " kami balik dulu,kejap lagi datang balik" .Yelaa, penat la nak tunggu. Dah la aku baru balik kerja..
Ada lagi nak cerita ni, masa aku tengah kerja, petang tu aku nak buang sampah, lepas buang sampah tu, masa nak balik semula ke kedai, nyaris mamat penghantar pizza tu nak langgar aku..Haha apelaa dia tu, taw la nak cepat, tengok-tengok la sikit aku ni.. Tahu la aku kecik.. Lepas tu kat depan kedai aku tu aku sampah sikit-sikit.. Aku pun ambek plastik nak kutip lepastu nak buang. Tengah-tengah kutip tu tiba-tiba mamat Pizza tu lalu sekali lagi depan kedai aku.. Kalau lalu saje takpe, ni siap gelak kat aku lagi.. Ingat aku pencacai angkat sampah kepe? Hahah.. Sedihhh, macam takde waktu lain nak lalu, time aku bergelumang dengan sampah jugak nak lalunya.
Okei la, cukup sampai disini. Bye.

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Penat..

Assalamualaikum..
Hari ini hari ahad, hari ahad hari orang bersuka ria.. Tapi aku kerja.. Huarhh :( .. Tapi takpe lah.. 
Act hari ni just nak kemas kedai je.. Kedengaran macam mudah semotdepises ye dak ? Tapi arhh malas lah cerita..Haha kalau tak cerita apa motif aku tulis entry ni ?
K la, nak cerita la ni.. Semalam almari baru sampai. So kerja kitorang ialah untuk punggah semua barang yang ada dalam rak, letak kat bawah dulu. Lepastu kitorang angkat almari berkali-kali together-gether sampai betul-betul puas hati bos.. Hahahah..
Lepas dah siap susun almari, kami kena angkut semua barang yang ada susuk pulak dalam almari baru.. Dah nama pun kedai, mesti lah barangnya bukan seketul dua..
Aku buat semua tu sampai pening kepala yang amat, rasa berdenyut-denyut je kepala ni, macam nak pengsan.. Arhhh
K la, cukup sampai disini.. Esok kerja lagi..
Ohh, 1 lagi, kepada yang tertanya-tanya aku kerja apa, aku kerja kedai ubat .. Okei lah, bye...
Ini Aien dan Erna.. Saje upload gambar ni.. Tadi mana nak sempat bergambar, rasa macam nak bernafas pun tak sempat.. 

Ini je aku tulis ? Rasa macam pemalas nye lah.. Haha biarlah blog aku

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Pasar Malam

Assalamualaikum..
Hari ini aku start kerja, Kerja tak de apa yang menarik so malas cerita..
Balik kerja tu aku dengan Tiqah jalan-jalan pasar malam.. Yelaah, dah lama tak jumpa, pasar malam pun boleh la jadi tempat melepas rindu..
Kami jalan-jalan cari pasal..Haha takde lah.. Kami jalan-jalan je tapi tak beli apa-apa..Kami beli Jersy je.. Kami memang minat beli Jersy ..
Nak cerita ni, kami jalan pasar malam jumpa ramai sangat kawan-kawan.. Rasa macam pasar malam tu tapak reunion kami *sebab tu tajuk entry ni pun pasar malam..Haha
Mula-mula kami jumpa Atiey dengan Ieyja, so aku dengan Tiqah pun nak pergi kat diorang, tiba-tiba depan kitorang ramai sangat orang, *masa tu pasar malam sesak*, lepastu bila kitorang sampai dekat tempat diorang, diorang dah hilang.. 5 minit lepastu Atiey mesej tanya aku kat mana, aku jawab kat tempat kau tadi, dia pun kata, aku pulak kat tempat kau..Lahhh .. Aku nak jumpa korang tapi macam takde jodoh pulak.. Situasi dah macam sinetron indon..
Dah lama sikit jalan tiba-tiba ternampak Tikah dengan Ekah, aku dah cakap kat Tikah aku tak boleh jalan dengan dia sebab aku nak jalan dengan Tiqah, lagipun aku dah jalan dengan Tikah minggu lepas..Mesti korang pelik ada 2 Tikah kan..Haha
Sempat lagi jumpa abang Pendek engseng yang dirindui .. Haha :P
Apa yang penting aku lalu kat depan kedai roti john Piejo dua kali sebab nak lambai Piejo je.. Tiqah siap pesan lagi, jangan jerit kuat-kuat..
Lepastu masa nak balik kami nampak Mira.. Yeahh tak rindu Mira pun sebab hari-hari dah jumpa.. Haha.. Lepastu masing-masing balik..
Ini Tikah dengan Ekah
Ini Tiqah dengan Mira..
Ini Ieyja, Atiey,Muna
Sekian

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Main Masak-masak

Assalamualaikum..
Hari rabu haritu (dah lapok..booo) Form 6 ada pertandingan memasak ikhtiar hidup.. Kirenye cara memasak dalam hutan la. Sebelum memasak tu kami ada aktiviti membuat sandwich.. 
Nak dijadikan cerita dalam dua-dua aktiviti ni aku dapat geng dengan Sadiqin Sudin Sudip Sepet.. Yeayyyyyy.. Sudip sebab masa memasak asyik dia je pegang sudip, sepet sebab dia sepet :P.. Haha dah kenapa aku cerita pasal dia pulak ni ?
Apa yang penting dia tu serabut.. Ada ke patut dia kata aku budak tadika ? Cettt.. Tadi pun dia ganggu ketenteraman aku kat sekolah. Ehh, aku cerita pasal dia lagi kan ? Dah ..Bye bye..
Masa memasak tu aku bawak telur 3 biji *perlu ke bagitahu yang ni?"haha .. Ahli kumpulan aku ialah Faizuan, Lone, Sadiqin, Man, Mira, Aien(aku), Yati, Bazilah, Anis, Suhana, Nazurah.. Menu kami nasi + telur dadar + sardin goreng masak kicap = JURI CAKAP SEDAP -_-
Masa masak tu seronok sangat sebab kami asyik bertekak. Ehh? Tipuje.. Mestilah kami bekerjasama :P ..Nak hidupkan api kerja Faiz, Lone dengan Man.. Sudin jangan tanya lah.. Kerja dia memang pegang sudip je.. 
Mula-mula kami masak telur dadar, Sudin lah yang jadi tukang gaulnya *dah dia je pegang sudip*.. Lepastu kami masak nasi dengan sardin.. Nak masak nasi tu bukan main seksa lagi. Dah la lupa bawak periuk, nasib baik Man bawak bendape tah, dia macam mangkuk askar untuk makan dalam hutan.. Mula-mula nasi tu tak masak, kami macam dah fedup, akhirnya menjadi. Alhamdulillah
Lepastu Aku, Mira dengan Sudin Sudip goreng sardin.. Lepas sardin dah siap goreng, kami tumis buat sambal kicap pulak.. Lepastu bagi juri makan..HABIS CERITA. BYe.. hahaha
Okei, ada lah masa aku tengah masak tu, aku lapar. Aku tengok Faiz tengah makan roti, aku pun join lerr. Lepastu aku tercekik, aku nampak botol air.. Aku tanya air siapa ni, Man cakap minum je. Minum cepat sikit sebab dia nak jugak. Ada nak dekat 5 teguk aku minum, lepastu Man minum, lepas Man Sood (Faiz) minum.. Lepastu Sood bagi Man pegang botol tu, tiba-tiba Yati tegur "Woii korang minum ke air tu? Tu air paip la!!" Kitorang bertiga dengar rasa macam nak pengsan taw..Nayee, klorin tak mati lagi.. Last-last kami gelakkan diri masing-masing.. Hahah.. Hari itu sungguh menyeronokkan.. I Love You All :P
Ini gambar masa tingkatan 5.. Memang takde niat nak letak gambar berkaitan dengan tajuk.. HAHAHA

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Jengka 14

Assalamualaikum..
Rasa macam desperate tulis banyak entry untuk bulan Februari.. Whatever~
Petang tadi mak,abah, aku, nana, adik2 pergi Jengka 14 tengok Khiro dengan Earick..Yeahh makin comel mereka.
Sampai tu kami g tengok kuda kat belakang rumah dulu. Lepas tu jolok buah limau bali nak buat colek kicap.. Sedak giler arh.. Haha
Buah tu ambek kat belakang rumah jiran senanya, Kami ambek 3 biji..Adik aku poyo g cakap cenggini "Pakai lawa-lawa gini ada ke patut g suruh jolok buah".. Haha poyo mu Nana..
Selepas itu kami pun makan bersama-sama. Licin berkilat kami sapu..Haha
Masa nak balik tu terserempak dengan Jimmy kawan adik aku. Omeii Angat dia.. 
Sebenarnya aku tengah pening ni acane nak buat kerja Sastera.. Series aku tak pandai langsung.. Rasa macam dah fedap nak buat. arhhhhhhhhhh. K La, bye. 
Pukul 2 tadi kami webcam dengan Hakeem Ahmadel Furqan.. Dia kata dekat Denmark baru pukul 7 pagi.. Huarhh rindu giler kat akak Siti.

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE