! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: June 2014

Pahang VS Felda United Final Piala FA..Entry Bergambar

Assalamualaikum.
Ini entry bergambar sebab kalau aku terhilangkan semua gambar ni, aku tahu nak cari dekat mana. Ini masa Pahang lwn Felda United Final Piala FA. And Yess PAHANG POWER menang !! Hahah

.. Sebelum game
Elephant Army on Tour. Meriah giler dalam bas diorang chant and gendang
Maluuuuuuuuuuu
Mafla tu Zaidi bagi pinjam. Dia punya pesanan " Awok jaga mafla ni macam aok jaga nyawa oak sendiri Aien". Aku faham la mafla ni limited, regee beratus. Aku jaga mengalahkan jaga nyawa sendiri tahu dok mu

Gambar atas lepas goal. Gambar bawah masa nak buat poznan Demi Tok Gajah satu stadium. Belakang Nana ada pontianak. Haha..
 Dah menang kan. Haha
 
Ermm setiap kali aku pergi stadium wajib dengan abang and adik aku. Ada abang yang menjaga, ada adik yang menemani. Itu je syarat mak aku.
Balik ke Pahang pakcik driver bas bawak kami ikut jalan lama Karak. PUKUL 3 PAGI. AKU TAK TAHU APA MASALAH PAKCIK NI. Dari pergi sampai balik ada je bende nak sakitkan hati kami. Budak budak ni dah meroyan dalam bas. Siap jerit kami tak kawin lagi !! Kami nak balik !!. Aku siap pasang Surah Yassin. Takut sangat masa tu, pandang kiri hutan tebal, pandang kanan gaung dalam gila. Aku tanya kawan abang aku lambat lagi ke nak keluar dari jalan ni, dia jawab "awok tidur je, nanti kalau dah keluar kami gerak awok". Alhamdulillah pukul 6 pagi sampai rumah. Lambat sangat kan ? Kawan abang aku cakap sebab pakcik ni tak pro sangat jalan situ, dia salah bawak kami. Sabar je lah woiii. Tapi sekurang kurangnya pakcik ni bawa kami balik dengan selamat. Turun bas semua pakat g mintak maaf kat pakcik tu. Hahah

Part paling menyampah bila nak selfie dengan orang tu, ada je yang mengganggu.Ada je yang menyelit. Tak faham aku !!
Part paling kelakar time kawan abang aku masuk bas, dialog dengan adik aku
Nana : Aien Aien cepat buat buat tidur. Cepat !!
Aien : Kenapa ?!
Nana : Buat je la. Buat buat tidur sambil tutup muka cepat.. Nanti kena kutok dengan orang tu
Aien : Haa yeke ? Okei aku buat buat tidur. Orang tu kat mana ?
Nana : Sebelah aku -_- Yang kau bercakap mcm menjerit tadi kenapa ? Kan dah kantoi :3

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

Pengalaman mematangkan kita

Assalamualaikum.
Pengalaman mematangkan kita. Pengalaman ialah sesuatu yang kita takkan boleh dapat kecuali dengan cara melalui nya sendiri.
Hari-hari semalam yang berlalu itu pengalaman. Pengalaman supaya kita belajar dari kesilapan dan sebagainya.

Khamis 12/6/2014 aku dengan adik aku pergi jalan KL. Kawan dari Kedah dah tunggu kat KL. Planningnya balik malam jumaat esoknya sebab sabtu kerja. Tapi lain yang jadi. Hari jumaat 13/6/2014 kami pergi pekeliling nak beli tiket bas balik Jengka. Guess what ? Tiket balik Jengka habis langsung untuk hari Jumaat. Tak ada langsung. Mula-mula blur lagi so malam karang la fikir mcm mana nak balik. Petang tu shopping kat Times Square, keluar dari Times Square, baru terfikir yang sebenarnya kami tak ada kenderaan lagi untuk balik Pahang. Kawan boleh tolong hantar tapi syaratnya dia kena beli tiket balik Kedah dari Jengka atau Temerloh esoknya. Malangnya, bila tanya orang Jengka, bas untuk ke Kedah pun takde. Dia kena naik dari KL jugak. Then member tu nak hantar naik kereta, esok pagi tu balik KL semula. Tapi mesti la kami rasa macam menyusahkan sangat pulak.

Masa tu memang buntu, dah serabut. Tak tahu nak fikir macam mana dah. Nak kena hadap bos lagi kalau tak datang kerja. Tiba-tiba teringat member abang pernah cakap yang dia nak balik Jengka minggu ni. Saje mengadu kat dia cakap tak lepas nak balik. Sedihh sangat, tolonglah pujuk. kahkah.
Lepastu dia kata nak balik Pahang malam ni. Aku terus cakap nak tumpang, mula mula tu gurau je sebab malu. Tapi fikir terdesak, tumpang je lah. Sekali jalan je pun. Last last kami tumpang dia balik. Tunggu kat kat Hentian Gombak. Dalam kereta tu 3 orang (kawan abang aku and abang abang dia), masuk kami muat muat lah. Nasib baikkkk. Sepanjang perjalanan tu tidur. Hahaha sebab malu.
Pukul 12 kat Hentian Gombak, pukul 1.30 sampai Jengka. Bapak lah lajunya haha. Aku lupa nak cakap hantar kat rumah TJI, tak pasal2 abang dia masuk Jengka 14. Dah kena patah balik. Siap kena perli lagi aku "Haritu dalam stadium bukan main kuat suara, siap panjat kerusi stadium lagi. Sekali dalam kereta senyap tak bersuara, cakap pun berbisik. Malu punya pasal" Hahahahaha orang tidur la. Mana sedar mende. "Dapat bahu sedap lah tidur" Cissssssssssss. Apa apa pun mekasehh bawok orang balik Pahang.

Dari pengalaman macam tu lah aku terfikir erti sebuah kehidupan. Aku terfikir macam mana kalau betul2 tak lepas balik ? Duit tak banyak, tempat tidur tak ada, pakaian tak bawak lebih. Sedih sangat fikir. Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Naik Genting Highland

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE