! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Baju sekolah untuk dirindui

Baju sekolah untuk dirindui

Hai. Assalamualaikum. Poyo nya tajuk. Menyampah aii haha.
Baiklah tadi last paper. Ni betul-betul last, takde dah lepasni. Paper Sastera. Paper start pukul 2.30 petang. So semalam minta cuti dekat bos, bos memahami takkan la tak bagi yedak.? So malam tadi study sikit-sikit la, pukul 11 tidur. Cakap kat mak suruh gerak pukul 3.30 pagi sebab nak study. Puihh study tengkorak kau. Mak tak gerak, tapi aku terbangun sendiri tepat-tepat pukul 3.30 pagi. Okei mesti dalam paleotak korang aku betul-betul study kan ? Memang tengkorak hang study. Bangun pagi p layan UCL (UEFA Champions League) Okei memang dari dulu setiap kali niat aku kuat nak tengok bola, aku akan terbangun tepat-tepat waktu yang aku niatkan nak bangun sebelum tidur. Biasa kalau bangun pepagi buta ni mesti macam liat sikit, tarik-tarik selimut dulu. Ni tak ! terduduk, keluar terus. Haa buat macam takde exam dah esoknya.
Bola start pukul 3.45. Chelsea gua kalah dohh !! Tapi nasib baik Borrusia Dortmund menang. Selalu macam tu, bila Chelsea menang Dortmund kalah, bila Dortmund menang, Chelsea kalah. Stress. Tak tahu nak meraikan atau menangisi. Hahaha. Bola habis pukul 5.30 lebih gitu la. Pukul 6.30 pagi aku sambung tidur. Mengantuk yang amat tak fikir nak study dah.
Tak tahu la dalam pukul berapa, mak kejutkan "Aien kata nak exam, ni nak bangun pukul berapa ni haa?" Aku pun jawab "Gerak la dalam pukul 10" Mak pun jerit "NI DAH PUKUL 10 SETENGAH !!" Hamboi siap capslock haha.
Kiranya siang tadi aku study dari pukul 11 sampai pukul 1 petang. Pukul 1.30 nak pergi sekolah dah. Dah siap apa semua g la sekolah, dalam kepala susah nak fokus. Fikir nak habis cepat je.
Alhamdulillah tepat 4.30 petang aku merdeka. Aku bebas dari menjadi pelajar sekolah. Mana ada form 7 nokk. Jadi aku pasti akan merindui baju sekolah yang aku dah pakai selama 13 tahun ni.

Saya akan merindui segalanya tentang sekolah. Bye

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

3 pengomen comel komen disini:

Niena Reen said...

Hmm.. Lepasni tak ada lagilah ya baju sekolah... Hihi.

cik amal said...

hahaha... serius lawak....boleh pulak tgk bola,..addehhh...

ezyra daniel said...

hmmm rindu nye zaman sekolah...
baju sekolah pon tah ke mane ,kne buang dah kot...
:')