! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Online Shopping

Online Shopping

Assalamualaikum.
Hye hari ni aku nak kongsi pasal online Shopping. Act entry ni lebih kepada pengalaman aku shopping secara online sebab ada orang pernah tanya "Tak takut ke beli barang dalam internet?"
Baiklah, first aku nak bagitahu shopping dalam talian ni sangat lah mudah dan seronok. Aku paling suka shopping kat Instagram. Sebabnya mesti lah kita tak payah bersusah payah memenatkan kaki berjalan masuk dari satu kedai ke satu kedai hanya untuk satu barang, tapi kita boleh tekan berpuluh online shop dalam masa beberapa minit je, sambil baring pulak tu. Haha. Online shop ni sama je la macam kau round kat kedai tapi kalau kedai mesti penat berjalan.

Kat sini aku list cara aku online shopping
  • First, pastikan owner online shop tu muka agak-agak naif sikit. Haha gurau je. Tak baik tau. Pastikan korang kena yakin kat owner tu. Kira macam aku "Aku yakin dia ni takkan menipu"
  • Pilih at least 10 online shop. Bandingkan harga, cara layan customer, include or exclude postage (aku suka kalau include)
  • Bila dah yakin dengan pilihan yg dibuat, printscreen gambar, save no owner online shop tu then Whatsapp dia (ikut la nak mesej ke whatsapp ke)
  • Whatsapp tu bagi la salam dulu. Tanya elok2. Jaga budi bahasa, baru orang selera nak layan kita
  • Aku tak suka komen kat gambar. Lambat.
  • Kalau beli kat FB, terus PM dia, itu menunjukkan yang korang betul2 series nak beli. Jangan harap dia PM korang !!
  • Lepastu tunggu dia reply
  • Bila dah reply. Blablabla tanya la puas-puas
  • Dan dia akan bagi no akaun bank dia. Atau korang mintak la.
  • Selalunya jangan bank in terlalu lewat. At least 24 jam.
  • Bila dah bank in, tangkap gambar resit bank, tunjuk kat dia.
  • Bagi sekali nama, alamat, no tel. Selalunya owner tu tak mintak lagi selamber aku bagi terus. Haha
  • Last, korang tunggu la parcel korang tu sampai depan rumah. Selalunya dalam 2,3 hari la. Paling lewat 3 hari.
  • Tracking number jangan lupa mintak
  • Kalau lebih dari 3 hari tak sampai lagi, korang tanya la dia. Tanya la elok-elok, jangan terus hentam dia.

Kebanyakan owner online shop ni guna Maybank, so adalah digalakkan supaya korang ada akaun Maybank. Bukan aku tak suka cash deposit ni, tapi aku lebih suka transfer dari akaun aku lagi la. Papehal boleh minta refund balik duit aku.
Bagi aku jangan beli benda yang mahal sangat kalau nak online shopping ni. Benda paling mahal aku beli online pun Power Bank je.
Barang yang aku dah pernah beli melalui online ni antaranya baju, seluar, jam, baju raya, handbag, powerbank, purse, casing phone, jersey Chelsea, bangle. Haa tu je la. Aku tak suka beli kasut online sebab kaki aku kecik susah cari saiz. Tudung online pulak rasa rugi je nak beli. Tudung tu berapa ringgit je, postage macam sama harga dengan tudung je.

Akhir kata dari aku, jangan sesekali menyusahkan orang lain kalau nak beli barang online contohnya suruh orang lain tolong bank in atau belikan barang tu. Kalau apa-apa jadi, tak pasal2 orang yang tolong tu kena. Tak ke menyusahkan ? Kalau nak kata tak pandai, ko tak reti-reti nak belajar ke ? Satu lagi dah besar tua bangka pun tak reti-reti nak berurusan dengan bank lagi ke ? Sampai bila hoiii..


Okei dalam gambar ni baju dari Ashanim Dress Lab Page , Handbag dari Avenue86 , Seluar army dari instagram Wawacolours, bangle tak ingat nama owner tu, jam pun tak ingat dah nama. Baju raya saya kat gambar tepi tu pulak dari MawarkuAmanda .
Tudung tu beli kat kedai sebelah tempat kerja. Glitter bawal, RM 10 je. Halfmoon pun ada. Raybank pinjam Tiqah punya. Haha

Okei setakat ini sahaja. Terima kasih membaca :)

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

1 pengomen comel komen disini:

ezyra daniel said...

ok la kalau awk beli brg tu owner dia ok,,tak menipu..
sye pernah sekali je beli hairchalk secara online