Assalamualaikum
Hyee now I'm officially 20. Puluhan dah kan, rasa tua sangat. Haha. Baru sambut birthday yang ke 19 28 Oct haritu, tiba-tiba semalam umur dah 20.
Act pos ni untuk berkongsi perkara-perkara yang aku lakukan di hujung umur belasan tahun. Kira perkara yang dilakukan semasa rasa diri ni kanak-kanak sangat. Sekarang pun rasa kanak-kanak lagi tapi sebenarnya dah tua.
Okei pada 28 dan 29 Disember, aku pergi kursus pra perkahwinan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Boleh dah kawin. Haha
Hahahahahahahahahaha gediknya
Okei petang lepas balik kursus kawin tu cepat-cepat bersiap. Nak pergi sambut player Pahang dekat dataran jam Bandar Jengka. Haha sempatttt. Best sangat-sangat walaupun sesak. Mula-mula tu takde arah, nak duduk dengan abang aku tapi dia EA. EA tu Elephant Army, Elephant Army tu Ultras Pahang, ultras tu yang menyanyi sepanjang perlawanan dalam stadium tu. Haaa
Tapi tak ramai sangat pemain yang datang. Takpe, yang penting ada Alex dengan Matias Conti.
Abah dengan adik bergambar kat Piala Malaysia. Walaupun dah lama tapiiii kau hadee ?
Gua bertarung nyawa nak mendapatkan gambar ni. Sesak sangat sangat orang. Dah la adik aku tiba-tiba hilang, tak pasal2 aku terpaksa suruh sape dia entah tolong snap kan pic ni. Nasib baik dia baik. Dan akhirnya aku berjaya bergambar dengan Hafiz Kamal. Jangan main-main, dia pijak kang. Haha time nak bergambar tu jugak lah aku teringat Hafiz Kamal pijak pemain Kelantan haritu.
Kelmarin, 31/12/2013 kami pergi mandi dekat Gambang Waterpark. Aku, Nana, Abbit, Pirul, dengan abang Ijat, sorang lagi kawan Nana, Pezon. Best sangat-sangat, rasa macam itulah hari last aku jadi kanak-kanak yang sangat kanak-kanak. Haha
Thanks to all photographer kat Gambang yang snap semua gambar ni. Harga 15-20 keping gambar RM50.00 (promote)
Masa part snap pic dalam air tu sumpah kabo aku dah sampai nyawa-nyawa ikan tahu tak. Nak dapatkan gambar yang elok sampai 50 kali kena tenggelam tu pun tak elok jugak sebenarnya. Pestime lah katakan snap pic dalam air. Dan disebabkan itu jugak lah sekilo air dalam telinga, sekilo dalam hidung. Mana elok lagi sekarang. Tengah mandi tu tiba-tiba hujan. Redah semacam, setakat hujan sikit. Ada abang sorang tu, abang Sham dia kutok Chelsea aku, pakej dia kutok Torres sekali sebab dia fans Arsenal. Kuang ajoo rasa nak jet muka.. Baru berborak sejam dia kata kat aku "kau kerja la sini, boleh aku jaga kau" Haha ngek.
Balik tu pergi Kuantan, tengok wayang kat ECM. Nak tunggu bunga api new year mana sempat, esok tu dah kerja.
Kiranya aku keluar rumah tahun 2013, balik rumah tahun 2014. Hebat kau Aien. Hahaha.
Okei setakat ini sahaja. Sekian. Terima kasih membaca :)

1 pengomen comel komen disini:
pengomen comel datang sini tinggal tapak kaki .