! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Pengalaman mematangkan kita

Pengalaman mematangkan kita

Assalamualaikum.
Pengalaman mematangkan kita. Pengalaman ialah sesuatu yang kita takkan boleh dapat kecuali dengan cara melalui nya sendiri.
Hari-hari semalam yang berlalu itu pengalaman. Pengalaman supaya kita belajar dari kesilapan dan sebagainya.

Khamis 12/6/2014 aku dengan adik aku pergi jalan KL. Kawan dari Kedah dah tunggu kat KL. Planningnya balik malam jumaat esoknya sebab sabtu kerja. Tapi lain yang jadi. Hari jumaat 13/6/2014 kami pergi pekeliling nak beli tiket bas balik Jengka. Guess what ? Tiket balik Jengka habis langsung untuk hari Jumaat. Tak ada langsung. Mula-mula blur lagi so malam karang la fikir mcm mana nak balik. Petang tu shopping kat Times Square, keluar dari Times Square, baru terfikir yang sebenarnya kami tak ada kenderaan lagi untuk balik Pahang. Kawan boleh tolong hantar tapi syaratnya dia kena beli tiket balik Kedah dari Jengka atau Temerloh esoknya. Malangnya, bila tanya orang Jengka, bas untuk ke Kedah pun takde. Dia kena naik dari KL jugak. Then member tu nak hantar naik kereta, esok pagi tu balik KL semula. Tapi mesti la kami rasa macam menyusahkan sangat pulak.

Masa tu memang buntu, dah serabut. Tak tahu nak fikir macam mana dah. Nak kena hadap bos lagi kalau tak datang kerja. Tiba-tiba teringat member abang pernah cakap yang dia nak balik Jengka minggu ni. Saje mengadu kat dia cakap tak lepas nak balik. Sedihh sangat, tolonglah pujuk. kahkah.
Lepastu dia kata nak balik Pahang malam ni. Aku terus cakap nak tumpang, mula mula tu gurau je sebab malu. Tapi fikir terdesak, tumpang je lah. Sekali jalan je pun. Last last kami tumpang dia balik. Tunggu kat kat Hentian Gombak. Dalam kereta tu 3 orang (kawan abang aku and abang abang dia), masuk kami muat muat lah. Nasib baikkkk. Sepanjang perjalanan tu tidur. Hahaha sebab malu.
Pukul 12 kat Hentian Gombak, pukul 1.30 sampai Jengka. Bapak lah lajunya haha. Aku lupa nak cakap hantar kat rumah TJI, tak pasal2 abang dia masuk Jengka 14. Dah kena patah balik. Siap kena perli lagi aku "Haritu dalam stadium bukan main kuat suara, siap panjat kerusi stadium lagi. Sekali dalam kereta senyap tak bersuara, cakap pun berbisik. Malu punya pasal" Hahahahaha orang tidur la. Mana sedar mende. "Dapat bahu sedap lah tidur" Cissssssssssss. Apa apa pun mekasehh bawok orang balik Pahang.

Dari pengalaman macam tu lah aku terfikir erti sebuah kehidupan. Aku terfikir macam mana kalau betul2 tak lepas balik ? Duit tak banyak, tempat tidur tak ada, pakaian tak bawak lebih. Sedih sangat fikir. Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Naik Genting Highland

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

1 pengomen comel komen disini:

hana hadi said...

pernah gak ada pengalaman yang mcm ni.

pengalaman yang susah nak dapat. Kalau kita cerita kat orang lain, mesti orang lain terkejut n kagum apa yang kita lalui.

Pengalaman yang mengajar kita supaya berfikir walau berat macam mana pun akhirnya tetap berjaya

Time2 kita dalam kesusahan ni kan. kawan2 yang kita jarang bersembang, jarang jumpa tu lah akan tolong kita.

panjang juga komen. hehe