! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Raya Lagi (2014)

Raya Lagi (2014)

Assalamualaikum.
Raya kan sebulan. Kalau sebulan aku nak post pasal raya apa salahnya HAHA.

Sebelum raya tu aku dah beli barang barang untuk masak masa hari raya TAPI hari raya ketiga sampai esok esoknya aku demam, jadi bapak segala frust nye rasa. Barang tu tersadai dalam peti. Tak masak kang, aku yang kempunan tak merasa masakan sendiri. Kahkah
So aku nak masak semua tu, bende tu banyak. Aku ajak la kawan kawan datang rumah. Makan makan. Tapi bukan open house. Open house ada banyak makanan. Aku buat semua sendiri, pengsan la nak buat open house.
Dah la mak abah pergi rumah sedara kat Kuantan, pergi pagi balik malam. Semalam rumah tu rumah aku. Semua aku buat sendiri dibantu oleh adik aku Nana. Sukati aku je Haha. Yelaaa dah la aku baru baik demam, nak buat makan2 hari lain aku kerja. Jadi aku buat la hari ahad. Mak abah pun bagi.
Sabtu malam tu buat kek chocolate. Giler penat dari pukul 9 sampai pukul 12.30 malam aku kat dapur. Tapi takpe la, aku suka. Kalau suruh kemas rumah, main dengan habuk, harammmm aku takkan buat.
Esok tu masak laksa, mujur ada Nana tolong. Tu pun lambat jugak siap. Sebab aku blurr nak buat apa dulu. Mak takde, hentam je la nak buat ape pun. Hahaha
Dah siap masak laksa, masak Spaghetti pulak. Tu je la makanan kat rumah aku. Aku dah kata kan bukan open house nak ada banyak banyak makanan

Terima kasih Adda dengan Puteri datang rumah

Terima kasih semua datang rumah. Minta maaf kalau ada yang terkurang di mana mana.
Terima kasih yang datang dari jauh even hujan. Terima kasih yang tetap datang walaupun sekejap. Terima kasih yang datang dengan adik :3 Terima kasih yang puji makanan *tak tahu la ikhlas ke dak. Terima kasih yang cari gaduh. Terima kasih tolong habiskan semua makanan yang Aien masak.

 Buat kek sampai nak tertidur sorang sorang aku kat dapur. Kesian takde orang teman. Sobsob T_T


Kalau aku marah,
Aku tak sedar.
Jadi aku minta maaf,
Walau siapa siapa pun salah.
Sebab dengan minta maaf,
Aku sedar yang aku dah buat sesuatu yang aku tak maksudkan.

 

 

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

2 pengomen comel komen disini:

Noura Qifays said...

Comeynyeee... Selamat Hari Raya :)

Aien_Aen said...

@Noura Qifays : Terima kasih :) Selamat Hari Raya jugak