! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: K A W A N

K A W A N

Assalamualaikum..
Sebelum terlambat "Happy February".
Hari ini sabtu.. Semalam kawan aku ajak pergi tengok wayang tapi aku dah janji nak keluar. Lagipun aku tengah pokai, bayar duit kelas pun pakai syiling takkan nak bayar tiket wayang guna syiling ..Haha
So petang tadi aku dengan Tikah pergi pasar malam. Walaupun cuma ada 5 ringgit je tapi tetap pura-pura kaya..Haha
Kami plan nak buat macam-macam tapi semua tak jadi sebab lambat sangat dah.. Keluar rumah pun 6 suku.. Lepas tu nak kena tunggu Pizi dengan Norman mandi dulu.. Rasa nak hempuk je diorang ni..
So untuk mengisi masa lapang di tengah bandar, aku dengan Tikah pun meroyan dok tergelak sana sini, bukan sengaja nak gelak tapi banyak yang perkara yang kami buat jadi kelakar. Contohnya masa nak lintas jalan. Ada ke patut masa aku tengah tepat di tengah jalan Tikah g jerit nama aku, punya terkejut aku sampai terberhenti kat situ jugak. Nasib baik kereta tu mengelak, sipisipi nak kena langgar..Lepastu kami gelak.. Ish ish ish, bukan nak bersyukur masih diberikan kesempatan untuk hidup, sekarang baru sedar..
Lepastu kami pergi pasar malam lepak dekat abang jual mi sup. Aku, Tikah, akak Tikah, Ucup, Matyeh, Pizi, Norman. Lepak sama-sama.. Rasa seronok sangat sebab dah lama tak jumpa diorang. Jadi teringat zaman sekolah dulu. Lama sikit tu Ayat dengan Zarif lalu. Alang-alang lalu diorang pun singgah sekali. Act aku rindu Ayat sangat. Aku anggap dia kawan baik yang tak lupakan aku tapi tak tahu la kalau dia selalu lupa aku..HAHA.
Aku mintak dia belanja ayam KFC yang dalam TV tu, punya lah kedekut ..Takpe ko.. Lepas siap lepak budak2 ni ajak g karaoke tapi macam dah lewat je. So malas.. Aku siap cakap cenggini lagi "Tak nak la, aku nak balik nak tengok Fear Factor"
Dan kami pun pulang ke rumah masing-masing.. Lupa nak tangkap gambar, seronok sangat lepak lah katekan.. Hehe..
K la, sampai disini saja ucapan saya pada hari ini, sekian terima kasih.
Saksikan lah
Ini gambar sebelum keluar.. Haha bosan

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

4 pengomen comel komen disini:

Ain Riz said...

kemain lagikk yea gmabrr dea . hehe . btw , comel !

Ain Riz said...

kemain lagikk yea gmabrr dea . hehe . btw , comel !

Nur Najwa Bt Ibnu Pajar said...

1stly suka jam tu sebab warna merah.hai..baru nk komen.hehehe

nur azian said...

bestnya dpt kuar jalan2..
nak ikut :)