! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Pizza Hut..

Pizza Hut..

Assalamualaikum..

Begini cerita nya, Pizza Hut Delivery baru dibuka di Bandar Jengka. Mohon jangan ada yang kata bandar guwaa kuno arh..Haha :P
Nak dijadikan cerita tadi aku balik kerja, aku ajak adik aku dengan abah aku pergi beli pizza.
Disebabkan ini adalah kali pertama aku makan pizza, ehh silap, beli pizza. So aku tak tahu langsung macam mana nak beli,,. Hahaha..
So dengan muka redha tawakal pasrah menyerah nye aku dengan adik aku masuk dalam tu. Bila sampai turn kami, aku pun macam tergagap-gagap nak jawab apa.. Tiba-tiba dia tanya "Nama apa?" , dengan sangat kuatnya aku jawab "Haaa?" .Dah kenapa ? Mana aku tahu kalau nak beli pizza kena bagi nama. Dah aku tercengang, adik aku pun jawabkan "Nama Aien". 
Lepastu dia tanya nak apa ? Dah kedai Pizza takkan nak beli basikal. Kahkahkah tak kelakar -_-
Dah siap sesi temuramah tu aku pun tanya "hantar kat rumah boleh?" Spontan dia jawab, "tak boleh, kalau beli kat sini kena tunggu" ,aku macam biasa sekali lagi "Haaaaa?" ..Dalam Haaa blerr aku tu sempat lagi aku cakap "Nak cancel boleh? Hehehe*tipu,akutakgelakmacamnipun* .Spontan lagi dia jawab "Sorry la, tak boleh"..Nak aku ulang ke aku jawab apa ? Okei la aku ulang, yelaa, mana tahu ada yang blerr tak faham-faham lagi.. Aku pun jawab "Haaa?".. Adik aku fedap aku asyik jawab "Haaa?" je.. Haha
Akhirnya kami pun kata kat abang tu " kami balik dulu,kejap lagi datang balik" .Yelaa, penat la nak tunggu. Dah la aku baru balik kerja..
Ada lagi nak cerita ni, masa aku tengah kerja, petang tu aku nak buang sampah, lepas buang sampah tu, masa nak balik semula ke kedai, nyaris mamat penghantar pizza tu nak langgar aku..Haha apelaa dia tu, taw la nak cepat, tengok-tengok la sikit aku ni.. Tahu la aku kecik.. Lepas tu kat depan kedai aku tu aku sampah sikit-sikit.. Aku pun ambek plastik nak kutip lepastu nak buang. Tengah-tengah kutip tu tiba-tiba mamat Pizza tu lalu sekali lagi depan kedai aku.. Kalau lalu saje takpe, ni siap gelak kat aku lagi.. Ingat aku pencacai angkat sampah kepe? Hahah.. Sedihhh, macam takde waktu lain nak lalu, time aku bergelumang dengan sampah jugak nak lalunya.
Okei la, cukup sampai disini. Bye.

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

4 pengomen comel komen disini:

ciksengeh :D said...

hehe :D comel je lah awk ni ^_^

*psstt , akak baru perasan birthday kita sama .. cume tahun je beza . hihi

Cik Tia said...

tak pasal2 , ada lah berjodoh dengan mamat piza ni .. hehe

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

ShuhaidaSaad said...

hehehe tadi die nak langgar Aein, sebab tu kot dia ketawa..tengok muka aien yang terkejut ke.haha