! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Main Masak-masak

Main Masak-masak

Assalamualaikum..
Hari rabu haritu (dah lapok..booo) Form 6 ada pertandingan memasak ikhtiar hidup.. Kirenye cara memasak dalam hutan la. Sebelum memasak tu kami ada aktiviti membuat sandwich.. 
Nak dijadikan cerita dalam dua-dua aktiviti ni aku dapat geng dengan Sadiqin Sudin Sudip Sepet.. Yeayyyyyy.. Sudip sebab masa memasak asyik dia je pegang sudip, sepet sebab dia sepet :P.. Haha dah kenapa aku cerita pasal dia pulak ni ?
Apa yang penting dia tu serabut.. Ada ke patut dia kata aku budak tadika ? Cettt.. Tadi pun dia ganggu ketenteraman aku kat sekolah. Ehh, aku cerita pasal dia lagi kan ? Dah ..Bye bye..
Masa memasak tu aku bawak telur 3 biji *perlu ke bagitahu yang ni?"haha .. Ahli kumpulan aku ialah Faizuan, Lone, Sadiqin, Man, Mira, Aien(aku), Yati, Bazilah, Anis, Suhana, Nazurah.. Menu kami nasi + telur dadar + sardin goreng masak kicap = JURI CAKAP SEDAP -_-
Masa masak tu seronok sangat sebab kami asyik bertekak. Ehh? Tipuje.. Mestilah kami bekerjasama :P ..Nak hidupkan api kerja Faiz, Lone dengan Man.. Sudin jangan tanya lah.. Kerja dia memang pegang sudip je.. 
Mula-mula kami masak telur dadar, Sudin lah yang jadi tukang gaulnya *dah dia je pegang sudip*.. Lepastu kami masak nasi dengan sardin.. Nak masak nasi tu bukan main seksa lagi. Dah la lupa bawak periuk, nasib baik Man bawak bendape tah, dia macam mangkuk askar untuk makan dalam hutan.. Mula-mula nasi tu tak masak, kami macam dah fedup, akhirnya menjadi. Alhamdulillah
Lepastu Aku, Mira dengan Sudin Sudip goreng sardin.. Lepas sardin dah siap goreng, kami tumis buat sambal kicap pulak.. Lepastu bagi juri makan..HABIS CERITA. BYe.. hahaha
Okei, ada lah masa aku tengah masak tu, aku lapar. Aku tengok Faiz tengah makan roti, aku pun join lerr. Lepastu aku tercekik, aku nampak botol air.. Aku tanya air siapa ni, Man cakap minum je. Minum cepat sikit sebab dia nak jugak. Ada nak dekat 5 teguk aku minum, lepastu Man minum, lepas Man Sood (Faiz) minum.. Lepastu Sood bagi Man pegang botol tu, tiba-tiba Yati tegur "Woii korang minum ke air tu? Tu air paip la!!" Kitorang bertiga dengar rasa macam nak pengsan taw..Nayee, klorin tak mati lagi.. Last-last kami gelakkan diri masing-masing.. Hahah.. Hari itu sungguh menyeronokkan.. I Love You All :P
Ini gambar masa tingkatan 5.. Memang takde niat nak letak gambar berkaitan dengan tajuk.. HAHAHA

DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

2 pengomen comel komen disini:

Cik Eyra said...

ehh,tetiba akak teringatkan zmn sekolah,akak pun ada pglmn sama mcm aien,masak2 dlm hutan..
1.kem KRS
2.PLKN

Wooo...rindunyerrr

Aien_Aen said...

@Cik Eyra : Rindu kan perkara-perkara macam tu. Hmm rasa nak diulang semula