Hello readers. Hmm takde tajuk yang sesuai. Lama sangat tak update blog.
Act tiba-tiba rasa teringin nak tulis sesuatu dekat sini. Marilah kita mengimbau perjalanan hidup saya sepanjang saya tak tulis blog ni.
Last tulis bulan 7, sekarang dah bulan 11. Macam-macam perkara terjadi dalam hidup ni. Hmm tak tahu nak mula dari mana. Okei rilek jangan gelabah.
First saya nak cerita pasal someone. Act saya ada berkawan dengan seseorang dan saya suka sangat berkawan dengan dia. Saya tak kisah dia macam mana atau apa saje janji cara dia tak buat saya meluat. Saya susah nak tahan dengan seseorang sebab cara dia yang buat saya menyampah atau dia tu tak kena dengan jiwa saya. Tapi bila saya dah jumpa orang yang kena dengan jiwa saya, saya seronok berkawan dengan dia. Sekarang saya still berkawan dengan dia. Dia pemain futsal wakil Pahang dalam SUKMA 2013. Saya tak kisah dia tak tegur saya pat tahun sebab saya tahu hidup dia bukan untuk dihabiskan melayan saya. Hahaha. Hmm malas lah nak cerita tapi saya kawan je dengan dia. Bagi saya, lebih senang berkawan dengan semua orang. Takde la complicated dan terbeban sangat hidup.
Okei cerita seterusnya, saya sebagai rakyat Pahang berbangga dengan negeri kelahiran saya kerana berjaya memenangi Piala Malaysia 2013 setelah kali terakhir menang pada 1992. So misi 92 completed. Misi Pak cik Majid pun completed jugak. Tahniah Pahang dan rakyat Pahang.
Nak cerita pasal Piala Malaysia lagi la, masa separuh akhir pertama lawan Sarawak dekat Stadium Darul Makmur saya pergi. Wahh syokk gila menang 3-1. Then Pahang berjaya melangkah ke final. Saya memang plan nak pergi. Tapiiiiiiiiii tiket habis. Bayangkan betapa hampa saya masa tu, 3 hari 3 malam tak tidur mencari tiket. Call orang ni, ejas orang ni. Last dapat tiket RM80.00. Masa tu saya pokai, so saya takde cara dah selain tak pergi. Abang saya pun dah cancel nama saya dari senarai rombongan yang nak pergi Stadium Shah Alam. Saya dengan penuh hampa tengok kat rumah je lah. Tapi kehampaan saya terbayar apabila Pahang berjaya menjadi juara. Punyaa la macam nak roboh rumah saya menjerit. Haha
Okei begitu la kisah saya dan bola.
Sekolah ? Baiklah saya telah berjaya menamatkan zaman persekolahan saya dengan penuh bergaya. Aceyhh. Alhamdulillah peperiksaan semester 3 baru berakhir, saya berharap saya mendapat keputusan yang baik. So sekarang saya dah ada kerja part time.
Itu je la saya nak tulis. Okei bye
Mehh tatap gambar pulak meh
Hari Raya Aidilfitri
Raya Aidiladha
Aku janji sampai mati Pahang di hatiku
Separuh akhir pertama. Tengok bola dengan kawan-kawan abang.
My BFF Tiqah dah bertunang. Congrate dear.
Hye. Saya seorang pekerja yang baik dan rajin. Percayalah
Ni time kerja tudung senget, pinjam cermin mata Anis
Hye. Saya seorang pekerja yang baik dan rajin. Percayalah
Ni time kerja tudung senget, pinjam cermin mata Anis
Yang ni saje gedik nak letak jugak. Haha
Okei cukup sampai di sini saja. Nanti kita bertemu lagi. Ceyyyy
3 pengomen comel komen disini:
Fuhh, lama tu tak update blog. Btw, congrates Pahang menang hari tu ;)
seronok kan pahang menang haritu..sye lahir kat KL tp membesar kat pahang,so kira org sne la kan hehe
hbs 5 bulan pnye story :)