! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Tolong bagi T I T L E

Tolong bagi T I T L E

Assalamualaikum..
Hurm , aku rasa aku macam dah mengabaikan blog aku.. Semenjak 2 3 bulan ni, entry aku berapa sangat je.. Aku hari-hari buka dashboard tapi takde masa sangat nak menulis, idea ada tapi kalau bukak terus hilang..
Hari jumaat baru ni aku dengan adik,abang, sepupu pergi tengok wayang cerita Sinister..Gilaa seram cerita tu ..haha..Act aku tak berapa faham sangat cerita tu sebab aku tutup mata dari awal cerita sampai habis..haha rugi bawak aku..
(Yang pasti ini bukan tandas Pavillion..haha)
Result TRIAL aku down la.. Sedih gilaa ko taw..Rasa macam "Bodoh sangat ke aku ni?" .Act masa jawab exam haritu, kesihatan aku tak stabil sangat :( ..Takpe la..Bak kata kawan aku, "rilek la Aien,baru TRIAL" ..Tapi dah memang jenis aku kot akan rasa down gila kalau result pekse merosot..Final nanti aku akan buat yang terbaik..
Semalam aku cat rumah..Haha owesome !! Alaa, cat rumah je kowt, mak aku pernah suruh yang lagi teruk iaitu berus jamban tapi aku tak buat sebab "OMG OMG", Masuk bilik, buat-buat pengsan..haha
(new combination merah + hijau.. Dulu merah + oren)
Ape lagi erk ? hurmm aku nak bagitahu ni..Aku kan , aku kan ..AKU DEMAM.. So sad, nak dekat2 raya jugak la demam datang..Jenis aku dari kecik lagi kalau demam tak mau sehari dua..Mesti seminggu..K aku tahu antibodi aku tak kuat tapi aku takde lah alahan pada apa-apa ..Kire kalau aku nak bedal apa2 jenis makanan laut ke,ayam ke, unta ke, aku bedal semacam ..Janji halal..haha.. Satu lagi, bukan setakat demam je, ada ulser hujung lidah..Semalam sakit gigi..Memang seksa nak makan dengan sakit tekak nye lah..
Aku ada satu habit iaitu suka gigit kuku..Sebab tu kalau kat rumah memang kerja aku basuh tangan je.. Kuku aku pun memang tak pernah aku simpan panjang, nanti effect sebab aku akan gigit sampai jahanam. Tak kisah la orang nak kata macam kanak-kanak ke ape ke dah nama tabiat, memang tak boleh buat la.. Macam korang tu takde tabiat sejak kecik, ehh tak payah berlagak macam besar sangat la, duit belanja pun mak bapak bagi lagi :P
Sebelum terlupa, Tahniah kepada TRW sebab menang 3-2 keatas ATM semalam..Nice game..Apa yang penting jambul Afiq Azmi memang membuatkan aku fall in love la..kahkahkah. Nasib baik dia keluar, kalau tak memang aku dah jadi penyokong Kelantan lahh kann..
Agak frust jugak lah sebab aku sokong ATM ,kalah pulak tu..Tapi takpe, janji Chelsea menang..Itu keutamaan aku dah faktor kenapa aku minat bola.. Kiranya sedih terubat laa..haha..Menang 4-2 tu..hahaha
Lastly, Tahniah kepada Zulfahmi Khairuddin sebab dapat nombor 2 dalam Moto3 Sepang. First ever podium finish for him..
Sikit lagi nak menang..
Dia memang membanggakan rakyat Malaysia..Tak lupa juga kepada Hafiz Syahrin.. 
Apa yang lebih membanggakan dari Zulfahmi ialah video ni


Okei tamat lah entry aku pada hari ini..Sekarang tugas anda-anda semua untuk bagi TITLE for this entry.. 



DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

2 pengomen comel komen disini:

Luqman_H@kim said...

Celotehku Pengubat Rindumu.. :) keh keh.. Sebab dah lame tak update, entry pelepas rindu kot namenye..

Nisha said...

Tag awak untuk segmen :-

http://nornishanisrina.blogspot.com/2012/10/ice-watch-giveaway-by-mibz-and.html