! ✿AIEN_AEN ✿ ! ! ✿AIEN_AEN ✿ !: Happy Shopping

Happy Shopping

Assalamualaikum..
Semalam Aien, Tikah, Asmah, dan Mimie telah pergi hangout untuk mencari baju raya,kasut raya,tudung raya and many more..Kami pergi Temerloh je sebab nak pergi Kuantan tak sempat (mak pesan awal-awal dah JANGAN BALIK LAMBAT SANGAT), nak pergi KL pulak mampos mak aku nak bagi..Masa berjumpa dengan diorang-diorang semua ni selok lah kami bersalam tepi jalan..Dah lama tak jumpa lah katakan.. Rindu weyy.. Siapa tak rindu kawan sehidup semati..Sanggup ponteng kelas hari Jumaat sebab nak jalan-jalan.. Yang mak aku mula-mula tak bagi tapi lepas aku cakap nak pergi dengan Tikah terus mak aku bagi.. 
Pergi abang Mimie hantar naik car ..Sampai Temerloh kami cari baju raya Asmah dengan Mimie dulu sebab aku dengan Tikah dah beli lama dah baju raya.. Macam nak patah kaki memutar Temerloh.. Semua kedai yang ada baju kurung semua kami masuk..Masa kat Butik First Lady aku dengan Tikah bosan..Kami masuk fitting room dok dalam tu lama-lama.. Motif ? Nak tangkap gambar dalam tu..kahkahkah..Nasib baik tak kena marah..
Selepas itu kami cari kasut raya pula..Kasut Mimie cepat je jumpa..Kasut aku tak jumpa-jumpa sampai rasa nak putus asa mencari tapi akhirnya jumpa..Yeayy..
Last sekali cari barang-barang lain macam make up .. Kawan aku nak beli alas meja untuk mak dia tapi tak larat nak jalan sangat dah.
Dalam pukul 4.30 kami balik naik bas..Kena lah naik bas, mampos ada orang nak jemput kami..Pandai pergi pandai balik lah..Mula-mula tu kami main naik je bas, tapi disebabkan risau bas tu lepas ke Kedah, kami pun tanya lah "Nie bas Jengka kan ? .Dalam bas aku duduk dengan Tykah..Macam-macam borak ..
Masa bas tu berhenti simpang Jengka 18, ada mamat pakai Jersy Spain turun..kawan aku ushar(k aku pun ushar gak sebenarnya..Taksengaje..hehe). Tak payah penat-penat tanya nama, dekat Jersy dia tulis "SHAFIQ" ..Kantoi. Yang kawan aku Tykah tu bengong suruh aku turun kat Jengka 18, kalau ikut aku nak je turun,ada pasar malam kan..hahah
gedik.. hahaha
Nampak disitu budak selok.. Tikah la start nampak dulu Mini Cooper nie, sanggup kami lintas jalan yang penuh sesak hanya untuk snap gambar..
*dalam hati aku "Cepat lah Tikah !! Panas nie ..Dah la malu !!" hahah
Gambar tengah : Singgah kedai ape tah nama dia.. Ada jual spek Hello Kitty tu, aku cakap kat akak kedai tu "Kak pinjam jap nak tangkap gambar..Heheh.. Kawan aku cakap "Malu aku bawak ko nie berjalan Aien..Beli taknak..hahah" .Mujur akak tu sporting



DON'T BE SILENT READER..LEAVE A COMMENT OR CLICK LIKE

2 pengomen comel komen disini:

Cik Rongoks said...

weeee ~
bestnye shopping ^^

Aien_Aen said...

@Cik Rongoks : Jumpa kawan-kawan lagi best.. Shopping penat